• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesin Cecair Sabun Pun Ada Juga Sifat Rasis?

oleh
01/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Pernahkah anda mendengar mesin cecair sabun yang bersifat perkauman? Mungkin lucu tetapi itulah yang sudah berlaku di Amerika Syarikat (AS) sendiri baru-baru ini!

Ia susulan dakwaan tular seorang pengguna Twitter dengan akaun nama Chukwuemeka Afigbo selepas dia merakam mesin itu mengeluarkan sabun hanya kepada lelaki berkulit putih tetapi tidak pula kepada yang berkulit gelap.

Rakaman durasi selama 45 saat itu, yang kini mendapat lebih ratusan ribu tanda ‘likes’ dan ‘retweet’ itu menjadi sensasi sehingga mencetuskan perbahasan panas antara kalangan netizen di negara tersebut sendiri.

Video tersebut, yang dimuat naik sendiri oleh Afigbo, menunjukkan keadaan bagaimana seorang lelaki berkulit putih boleh sahaja mendapat sabun selepas meletakkan tangannya di bawah mesin tersebut.

Kemudian, seorang lelaki yang berkulit hitam cuba melakukan perkara yang sama tetapi tidak pula mendapat sabun. Lelaki itu kemudian balut tangannya dengan tisu putih dan meletakkan tangannya di bawah mesin tersebut.

Dan hasilnya kini, mesin itu mengeluarkan sabun pula! Laman NDTV memetik Afigbo sebagai menyatakan “Ini sesuai jika anda berdepan dengan masalah mengenai pentingnya kepelbagaian dalam teknologi canggih.

“Malahan inilah kesannya terhadap masyarakat akhirnya, sila tontonilah video ini.” Ini bukan kes pertama, Pada 2015 sebenarnya, ada juga sebuah video yang serupa sehingga mencetuskan perbalahan netizen.

Ia memaparkan sebuah mesin dispenser di Hotel Marriott di bandar raya Atlanta yang langsung tidak mengeluarkan sabun kepada mana-mana lelaki berkulit gelap tetapi tidak pula kepada berkulit cerah.

“Saya cuba semua mesin cecair pencuci tangan di tandas tersebut. Ada dalam 10 dan satu pun langsung tidak berfungsi,” kata orang yang merakamkan video itu sendiri, TJ Fitzpatrick kepada portal Mic.

“Setiap kali saya mahu masuk ke tandas berkenaan, saya terpaksa perlu meminta tolong daripada rakan saya hanya untuk mendapatkan sabun bagi membersihkan tangan sendiri.”

Naib Presiden Produk Particle, Richard Whitney memberitahu Mic pada 2015 bahawa dispenser sebegitu menggunakan teknologi inframerah untuk mengeluarkan sabun dan tiada unsur rasis timbul.

“Apabila cahaya daripada mentol LED inframerah memantul daripada tangan, ia akan mengeluarkan sabun. Jika objek itu menyerap cahaya itu, sensor itu tidak dapat mengesan cahaya yang cukup,” katanya kepada Mic.

Video baharu kali ini pula menerima pelbagai reaksi di Twitter. Walaupun ada pengguna bersetuju dengan Afigbo, ramai juga menyatakan kelemahan teknologi yang sepatutnya dipersalahkan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kulit hitamrasissabun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bukan Cina Pertama Presiden Kelab Pidato Mandarin

Next Post

Rahsia Aaron Jadi Jutawan Usia 24 Tahun Di Singapura

Related Posts

Salahuddin Sedia Beri Keterangan Dakwaan Ucapan Rasis

07/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang arahan untuk tampil memberi...

Salahuddin Keluar Kenyataan Rasis, Menghasut Disiasat

06/11/2019
0

PONTIAN - Sehingga kini polis telah menerima lapan laporan polis sepanjang hari berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai...

Next Post

Rahsia Aaron Jadi Jutawan Usia 24 Tahun Di Singapura

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd