• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mentaliti Pengguna Harus Berubah Tangani Isu Barangan Tiruan

oleh Cj Mnh
15/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Serbuan oleh pihak berkuasa semata-mata tidak memadai bagi memerangi masalah penjualan produk tiruan, kata Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Low Swee Hon.

Sebaliknya, pengguna sendiri perlu memupuk mentaliti menghormati hak cipta pemilik cap dagangan yang berdaftar secara sah dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), katanya.

Beliau tidak menafikan Malaysia kadangkala dianggap sebagai ‘syurga’ membeli-belah barangan tiruan oleh pelancong tempatan dan asing.

Terdapat ramai peniaga tempatan dan warga asing yang terlibat dalam salah laku menjual barangan tiruan walaupun ada antara mereka yang memiliki lesen perniagaan sah, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Penjual barangan tiruan terutamanya topi, cermin mata, kemeja-T dan aksesori telefon bimbit tumbuh umpama cendawan selepas hujan setiap kali selepas pihak berkuasa mengadakan serbuan.

“Serbuan sentiasa dilakukan di kawasan-kawasan ‘hotspot’ (titik panas) hampir setiap minggu oleh pihak KPDNHEP dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan jumlah serbuan terkumpul dari Januari sebanyak 104 kali dengan nilai sitaan hampir RM 2.7 juta tetapi nampaknya seperti tidak berkesudahan,” kata beliau.

Menurutnya, selagi ada permintaan daripada pengguna maka selagi itulah akan wujud penjualan barangan tiruan dalam pasaran kerana harganya yang murah dan reka bentuk yang menyamai barangan asal.

“Harga murah yang ditawarkan bagi produk-produk tiruan dan reka bentuk yang cantik antara penyebab pengguna lebih memilih untuk membelinya berbanding barangan ‘original’ (asli), dan kebanyakan barangan ini datang dari luar negara antaranya dari China dan Thailand,” kata Sew Hoon.

Beliau juga berkata, walaupun kompaun yang dikenakan terhadap pesalah yang terbabit kesalahan menjual barangan tiruan agak tinggi tetapi selagi ada permintaan, maka selagi itulah isu itu sukar dibanteras.

“Di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011, bagi kes membabitkan syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan yang dirampas (kesalahan pertama), dan denda tidak melebihi RM30,000 bagi kesalahan kedua.

“Manakala bagi kesalahan persendirian, denda biasanya tidak melebihi RM10,000 ataupun penjara tiga tahun maksimum, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurutnya, pihak KPDNHEP akan mengadakan perjumpaan dengan DBKL dalam masa terdekat bagi membincangkan tindakan dan hukuman terhadap peniaga yang mempunyai lesen perniagaan sah tetapi menyalahgunakannya untuk menjual barangan tiruan. – BERNAMA

Tags: barang tiruanMentaliti
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Ibrahim Ziarah Sultan Pahang Di IJN

Next Post

Mansuh Hukuman Mati Untuk Semua Kesalahan Jenayah

Related Posts

KPDNHEP Serbu 3 Premis Jual Barangan Berjenama Tiruan

10/03/2022
0

KOTA KINABALU: Tiga premis sekitar daerah ini dan Penampang diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas...

KPDNHEP Selangor Rampas Barangan Tiruan RM94,000

05/10/2018
0

KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas pelbagai jenis barangan dengan jenama tiruan...

Next Post

Mansuh Hukuman Mati Untuk Semua Kesalahan Jenayah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd