• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengapa Hamid Ghurka Tidak Diberikan Gelaran Datuk?

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA disebut nama Abdul Hamid Abdul Rahman, pasti ramai yang tidak mengenali siapakah empunya pemilik nama itu.

Namun jika menyebut Hamid Gurkha, pasti secepat kilat fikiran dapat menangkap figura bertubuh kecil dengan loghat Negeri Sembilan yang pekat.

Pelakon vetaran yang kini mencecah usia 85 tahun itu sememangnya sangat dikenali ramai ekoran lakonannya yang penuh jenaka dan sangat menghiburkan.

Malah tidak salah rasanya jika menggelar beliau antara ‘otai lawak’ paling berpengaruh di Malaysia.

Namun seperti yang diketahui umum, baru-baru ini beberapa penggiat seni tanah air telah menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Antara selebriti yang dimaksudkan adalah pelakon Eizlan Yusof atau Idris Md. Yusof yang menerima gelaran Datuk Seri.

Manakala pelakon kelahiran Singapura, Adi Putra atau Mohamed Hadi Putera Halim telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk.

Bukan ingin mempertikaikan namun apakah sumbangan besar kedua-dua pelakon ini dalam industri seni tanah air sehinggakan dianugerah darjah kebesaran berkenaan?

Jika dilihat dalam konteks mengharumkan industri seni, jujurnya skor yang boleh diberikan adalah ‘sedikit’ berbanding pelakon-pelakon vetaran yang telah lama berkecimpung dalam industri.

Dek kerana itulah, bagi kami antara individu yang lebih ‘berbaloi’ dan sepatutnya menerima darjah kebesaran berkenaan adalah insan seni bernama Hamid Gurkha.

Mungkin ramai yang tidak mempersetujui namun Hamid Gurkha atau lebih mesra dipanggil Pak Hamid ini sebenarnya masih bergiat aktif dalam bidang seni sehingga ke hari ini.

Antara filem-filem yang menjadikan beliau sering mendapat perhatian penonton adalah Main-Main Hantu, Sikit Punya Gila, Konstabel Mamat, Gila-Gila, Alamak Toyol, Jiwa Kacau dan Zombie Kampung Pisang.

Tahukah anda, ketika negara masih di bawah penjajah, beliau memilih untuk menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun, bermula pada tahun 1950.

Menurut Pak Hamid, beliau masih terkenang lagi bagaimana peristiwa di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sewaktu balai polis di bukit itu telah diserang 180 pengganas komunis.

Beliau yang pada ketika bersama pasukannya ingin menghulurkan bantuan, namun tidak kesampaian ekoran laluan perhubungan antara mereka telah dipotong oleh komunis.

Sehinggalah ke hari ini setelah lebih 25 tahun bergiat dalam dunia seni, beliau masih tidak boleh melupakan persitiwa itu yang mana hanya mereka yang berada di waktu itu sahaja memahami kesusahan dijajah orang luar.

Baik untuk negara, baik untuk semua beliau dah buat.

Artis hantar gambar kemaluan dapat Datuk, artis yang sepanjang hayat berjasa dari pelbagai segi dilupakan begitu sahaja! – MYNEWSHUB.CC

Tags: hamid gurkhapelakon veteran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hospital Tidak Guna Semula Alat Perubatan Pakai Buang

Next Post

2 Buah Rumah Panjang Hangus Terbakar

Related Posts

Hamid Gurkha Meninggal Dunia

14/06/2022
0

KUALA LUMPUR: Pelawak legenda, Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku...

Anak Pelakon Veteran Kena Dakwa

28/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Anak perempuan kepada pelakon wanita veteran yang juga pengusaha produk jamu terkenal bakal didakwa di Mahkamah Majistret...

Next Post

2 Buah Rumah Panjang Hangus Terbakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd