Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 20 GRO...

GEORGE TOWN - Dua puluh wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan...

Bubar DUN: MB Menghadap...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan...

Lebih 6,000 Asnaf Dapat...

KUBANG PASU - Lebih 6,000 asnaf di seluruh negeri ini akan menerima manfaat...

Arab Saudi Kurangkan Kos...

RIYADH : Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan kos insurans komprehensif untuk menunaikan umrah...

Melaka Terus Laksana Prinsip Keadilan

MELAKA – Kerajaan Negeri menerusi sistem kehakimannya akan terus melaksanakan prinsip keadilan dalam pentadbirannya bagi memastikan kesejahteraan rakyat dapat terus dipulihara sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata bidang kehakiman menjadi bahagian yang tidak terpisah dari ajaran Islam dan prinsip keadilan dalam Islam menjadi landasan kepada asas pelaksanaan syariat Islam.

“Kehakiman ialah sebuah institusi yang amat penting di dalam sesebuah negara Islam bagi mencapai matlamat untuk menegakkan keadilan.

“Kehakiman dalam Islam menghendaki supaya keadilan ditegakkan tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama, kerabat, saudara mara malahan diri sendiri,” katanya ketika berucap menjunjung kasih Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) serta Hakim dan Pendaftar Mahkamah Syatiah Negeri Melaka di sini, hari ini.

Pada majlis itu Sultan Nazrin berkenan menyampaikan watikah pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Melaka kepada 15 individu diketuai Adly selaku Pengerusi MAIM; dan seramai 21 individu menerima watikah pelantikan Hakim-hakim dan Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob; dan Anggota Jemaah Pemangku Raja Perak, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin.

Adly berkata sistem kehakiman dan Islam sudah bertapak lama di negara ini khususnya di negeri Melaka dan sejarahnya telah bermula melalui penggubalan Hukum Kanun Melaka yang wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka abad ke-13.


Beliau berkata perkembangan Undang-Undang Islam itu telah menelusuri pelbagai zaman yang dari sudut praktikalnya masih lagi diaplikasi oleh Mahkamah Syariah di seluruh negara pada hari ini.

Sementara itu, katanya pelantikan berkenan selaras dengan peruntukan Seksyen 45, 46, 47 dan 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 dan Kuasa Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di negeri Melaka sebagaimana yang dinyatakan secara jelas dalam Seksyen 3 enakmen yang sama.

“Melalui pelantikan yang mendapat limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V memberikan pengiktirafan tertinggi kepada Mahkamah Syariah dalam memartabatkan Sistem Kehakiman dan Perundangan Syariah seterusnya dapat mempercepatkan perjalanan perbicaraan kes secara cekap dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata hakim dan pendaftar yang dilantik adalah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berpengalaman luas yang mendapat pertimbangan sewajarnya oleh MAIM untuk menegakkan keadilan.

Justeru, perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku mencemar duli mengurniakan watikah ini memberi semangat kepada para Hakim Syarie dan Pendaftar untuk menjalankan tugas dengan penuh keadilan dan kesaksamaan. – BERNAMA

Kategori