Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ribut Petir Dijangka Berterusan...

KUALA LUMPUR - Ribut petir dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini di perairan...

Bayi Lima Bulan Terperangkap...

Kuala Lumpur : Seorang bayi perempuan berusia lima bulan diselamatkan Jabatan Bomba dan...

60 Individu Ditahan Terbabit...

KUALA LUMPUR - Sejak Ops Soga dilaksanakan pada 1 Jun lepas, kira-kira 60...

Suami Isteri Ditemui Maut...

KUANTAN - Pasangan suami isteri ditemui maut dalam bilik air di rumahnya di...

Mekanik Rugi RM20,000 Ditipu Macau Scam

KUANTAN – Seorang mekanik menanggung kerugian RM20,000 selepas terpedaya dengan panggilan daripada sindiket ‘Macau Scam’ yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 36 tahun, sebelum itu menerima panggilan berkenaan pada pukul 3.40 petang yang memaklumkan kononnya dia mempunyai notis amaran SPRM sebelum panggilan berkenaan terputus.

“Kira-kira satu jam kemudian mangsa menerima panggilan daripada suspek kedua yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Wong dan memaklumkan butiran diri mangsa telah disalah gunakan yang terlibat dengan perniagaan haram, dadah, kes bunuh dan rasuah di Labuan.

Macau Scam

Mekanik Rugi RM20,000 Ditipu Macau Scam

“Selepas itu, talian mangsa disambungkan kepada Mr. Lim yang mendakwa dari Bank Negara dan mangsa diminta menyerahkan ‘username’ serta kata laluan akaun bank sebelum diminta untuk pergi ke bank bagi membuat semakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.​​​​​​​

​​​​​​​Setelah diperiksa, katanya mangsa mendapati baki di dalam akaun bank miliknya hanya tinggal RM567.81 manakala RM20,000 lagi telah dipindahkan ke dalam akaun bank yang lain dipercayai digunakan oleh suspek.


Katanya, mangsa yang merasai ditipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori