• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Johor Dikecam Tidak Jumpa Mangsa Pencemaran

oleh
26/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANGGOTA Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan sekumpulan penduduk tempatan mempersoal Menteri Besar Johor Dr Sahruddin Jamal yang menurut mereka gagal berjumpa dengan mangsa pencemaran di sana.

Portal The Malaysian Insight hari ini memetik Hassan sebagai berkata penduduk ingin tahu kenapa mereka belum menerima bantuan kewangan daripada kerajaan negeri.

“Menteri besar ada tanggungjawab sosial untuk datang dan menjelaskan kepada rakyat tentang situasi semasa.

“Saya cabar beliau (Sharuddin) datang ke sini dan bertemu rakyat. Rakyat di sini merana dan mahukan jawapan,” katanya seperti dipetik.

Pada Mac lalu, sisa kimia yang dibuang di Sungai Kim Kim di daerah itu menyebabkan kira-kira 2,775 jatuh sakit, dengan sejumlah 200 – termasuk pelajar sekolah – dimasukkan ke hospital, dan 111 sekolah terpaksa ditutup sementara.

Kerajaan negeri pula terpaksa membelanjakan RM6.4 juta untuk membersihkan sungai itu.

Bulan lalu, keadaan serupa berlaku di Taman Mawar dengan 75 pelajar di sekolah sekitarnya terjejas.

Hassan yang juga bekas pengerusi PKR Johor mencabar Sahruddin untuk berdebat jika tetap enggan bertemu dengan penduduk Pasir Gudang.

“Rakyat di sini sangat marah. Datang dan beri mereka jaminan yang kerajaan negeri akan buat apa saja untuk menangani isu ini. Bila dalam krisis, pemimpin negeri perlu datang dan lihat sendiri apa yang berlaku, bukannya beri arahan dari pejabat saja.

“Bekas menteri besar Osman Sapian ada datang ke sini ketika krisis Sungai Kim Kim,” katanya lagi seperti dipetik.

Beliau juga menggea kerajaan negeri menjelaskan bagaimana peruntukan RM6.4 juta itu yang diluluskan Mac lalu dibelanjakan.

Ketika itu Sahruddin berkata ia antara lain digunakan untuk membersihkan kawasan sungai tercemar sepanjang 1.5 kilometer.

Laporan itu turut memetik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa pro tem Taman Pasir Putih Rafee Abdullah sebagai berkata, penduduk marah kerana mereka belum berjumpa dengan menteri besar.

“Ketika beliau exco negeri (Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian) beliau kata akan datang ke sini ketika insiden Sungai Kim Kim. Tetapi beliau tidak datang. Sama juga selepas beliau jadi menteri besar.

“Kami tidak mahu jumpa wakilnya. Kami mahu jumpa beliau. Jika boleh, kami mahu jumpa beliau esok. Kami juga ada hantar memorandum kepadanya, tetapi masih belum menerima balasan,” katanya seperti dipetik.

Malaysiakini telah menghubungi Sahruddin untuk mengulas dakwaan Hassan dan penduduk. – Malaysiakini

Tags: Hassan Abdul Karimpasir gudangpencemaranSahruddin Jamalsungai kim kim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tunku Azizah Pecinta Warisan Budaya

Next Post

Pelacur Maut Terjatuh Dari Tingkat 5 Hotel

Related Posts

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

RM20 Juta, Penjara Untuk Pencemar Bekalan Air

13/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Denda maksimum hingga RM20 juta dan pemenjaraan hingga 20 tahun adalah hukuman boleh dikenakan terhadap pihak yang...

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

Dua Pencemaran Serentak Hampir Cetus Gangguan Air Selangor

14/01/2023
0

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam dan Sungai Langat pada Jumaat hampir menyebabkan...

Next Post

Pelacur Maut Terjatuh Dari Tingkat 5 Hotel

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd