• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAZA Kutuk Syed Saddiq Bela Pondan

oleh
13/07/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS dikutuk banyak pihak kerana mengambil gay sebagai pegawai khas kementerian, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi dibidas kerana tegar pertahan peniaga Nasi Lemak Pondan.

Menteri Belia dan Sukan itu sebelum ini dilaporkan tular membuat satu kenyataan gempar apabila teguh membela nasib peniaga makanan dalam kalangan pengamal LGBT itu menerusi rakaman dalam akaun sosial Twitter beliau.

Justeru beliau meminta masyarakat khasnya umat Islam tidak diskriminasi golongan berbeza ini kerana mereka perlu mengusahakan sesuatu untuk jana pendapatan dengan beri dalih mereka juga manusia biasa ciptaan Tuhan.

Pandangan pelik itu diselar Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin apabila menempelak golongan sengaja promosi dan sokong produk jualan yang menggunakan ‘jantina rekaan tidak diiktiraf agama’.

Menurut tokoh agama yang mesra disapa sebagai MAZA itu, sesiapa melakukan perbuatan sedemikan secara tidak langsung bermaksud telah bantu dosa kemungkaran kelompok terbabit yang sepatutnya insaf kepada jantina fitrah.

“Apa-apa produk promosi unsur sanggahi fitrah, hendak ditolak masyarakat waras. Sesiapa bantu promosi jenama apa sahaja produk ‘jantina rekaan’ menyanggahi fitrah insan rasional, sesungguhnya dia telah bantu kemungkaran.”

Kata Mohd. Asri: “Fitrah manusia waras cuma iktiraf dua jenis jantina. Jika ada khunsa, itu dianggap kes terpencil yang diiktiraf dengan syaratnya. Demikianlah pendirian Islam sebagai agama selaras fitrah manusia yang normal.

“Adapun jantina rekaan atau yang diada-adakan, atas apa nama sekalipun; pondan, mak nyah, darai, pengkid, ataupun apa sahaja, kesemuanya ini ditolak oleh insan yang waras. Ini kerana ia ditolak fitrah manusiawi sejahtera.

“Demikian ia ditolak oleh agama yang berdiri teguh atas fitrah insani waras . Namun jika ada yang kekeliruan jantina, maka hendaklah ia merujuk kepada pakar bidang berkaitan bukan kepada ‘kecelaruan diri’ sendiri.”

Justeru, mengulas dengan lebih lanjut, Mohd. Asri menyeru agar umat Islam boikot semua jenis perkhidmatan dan barangan yang secara jelas sengaja mempromosikan jantina diiktiraf oleh ajaran agama dan fitrah manusia waras.

“Maka katakan tidak kepada karya seni, filem, produk makanan, barangan dan apa sahaja yang mempromosikan jantina yang tidak diiktiraf itu,” ujar kenyataan beliau lagi yang dipetik oleh pelbagai portal blog tempatan.

Rata-rata netizen ujar Mohd. Asri, bukan bantah usaha mereka yang khunsa menjana pendapatan tetapi bantahan adalah kerana mereka mempromosikan budaya LGBT yang telah jelas haram dalam Islam. – Mynewshub.TV

Tags: Mufti PerlisPondanSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

Next Post

Kelantan Kena Bentang Pelan Guna Wang Royalti

Related Posts

Umat Islam Tidak Dibenar Hadir, Turut Serta Upacara Keagamaan, Ritual Bukan Islam – Mufti Perlis

Umat Islam Tidak Dibenar Hadir, Turut Serta Upacara Keagamaan, Ritual Bukan Islam – Mufti Perlis

08/02/2025
0

Kangar : Umat Islam tidak dibenarkan untuk menghadiri dan turut serta melakukan upacara perayaan keagamaan bukan Islam di Perlis. IKUTI...

Tiada Nas Agama Suruh Cuti Jumaat – Mufti Perlis

Tiada Nas Agama Suruh Cuti Jumaat – Mufti Perlis

12/10/2024
0

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan tiada dalam nas agama dan Islam yang menyatakan hari...

Next Post

Kelantan Kena Bentang Pelan Guna Wang Royalti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd