Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Pasukan Petugas Siasat Kes...

SHAH ALAM – Polis Selangor telah menubuhkan pasukan petugas bagi menyiasat kes ugutan...

15,764 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 15,764 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara, hari...

Kenapa Tak Keluar Awal?

JOHOR BAHRU : Tindakan bekas Ketua BERSATU Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang meletakkan jawatan...

Salahuddin Meninggal Dunia

Alor Setar: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri...

Maybank Diiktiraf Majikan Paling Popular Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Maybank diiktiraf sebagai Majikan Paling Popular bagi Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan dalam Anugerah 100 Majikan Graduan Peneraju (M100) baru-baru ini.

Maybank dalam satu kenyataan berkata, bank tersebut turut menerima Anugerah Inovasi Terbaik Kampus, Program Pelatih Pengurusan Terbaik dan tersenarai sebagai finalis Penggunaan Media Sosial Terbaik untuk strategi dan pelaksanaan digital.

“Sejak 2011, Maybank berada dalam 10 tangga teratas dalam senarai berkenaan, naik daripada 17 pada 2010, kelima pada 2011 dan ketiga pada 2012. Sejak 2013,

“Maybank juga terus kekal di kedudukan kedua teratas bagi anugerah 100 Majikan Peneraju di Malaysia. Maybank turut dinamakan sebagai Majikan Paling Popular (Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan) bagi tempoh enam tahun berturut-turut,” kata Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abd. Manaf dalam kenyataan itu.

M100 merupakan anugerah tahunan yang dianjurkan oleh GTI Media Asia dengan kerjasama GRADMalaysia.

Ia merupakan anugerah pengambilan graduan terbesar di Malaysia dan menjadi penanda aras bagi kecemerlangan jenama majikan di kampus.


Kedudukan diperoleh menerusi Kaji Selidik Penanda Aras Graduan Trendence yang melibatkan 28,000 pelajar universiti utama di Malaysia.

M100 menggunakan pendekatan menyeluruh dalam mengetengahkan 100 majikan utama graduan yang disokong oleh TalentCorp Malaysia dan diluluskan Kementerian Pendidikan Tinggi. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori