• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Jamal Khashoggi ‘Dilarutkan’

oleh Ahmad Albab
03/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Mayat wartawan, Jamal Khashoggi ‘dilarutkan’ selepas dia dibunuh dan dikerat-­kerat di konsulat Arab Saudi di Istanbul sebulan lalu, kata seorang penasihat kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam.

Dakwaan itu menyamai apa yang diberitahu oleh seorang pegawai Turki kepada akhbar Washington Post bahawa Ankara sedang menyia­sat teori bahawa mayat Jamal dimusnahkan dalam larutan asid.

Jamal merupakan kolumnis akhbar Amerika Syarikat (AS) tersebut.

“Kami mendapati bahawa ia (mayat mangsa) bukan sahaja dikerat-­kerat, mereka memusnahkan mayat itu dengan melarutkannya,” kata penasihat Erdogan, Yasin Aktay kepada akhbar tempatan, Hurriyet semalam.

“Menurut maklumat terkini yang kami ada, sebab mereka (ejen-ejen Arab Saudi) mengerat mayat Jamal adalah supaya ia mudah larut di dalam asid,” kata Yasin.

Pada Rabu lepas, ketua pendakwa raya Turki mengesahkan buat kali pertama bahawa Jamal dicekik sebaik sahaja dia memasuki bangunan konsulat itu pada 2 Oktober lalu, manakala mayatnya dikerat-kerat dan dimusnahkan.

“Matlamat mereka adalah memastikan tiada saki-baki mayat mangsa yang tinggal. Ini adalah apa yang difahami daripada kenyataan pendakwa raya Turki,” kata Yasin lagi.

“Membunuh seseorang adalah satu jenayah, manakala memperlakukan mayat sedemikian rupa adalah jenayah lain dan perbuatan tidak bermaruah,” tambahnya.

Pembunuhan Jamal memberi tekanan kepada perikatan selama beberapa dekad antara AS dan Arab Saudi dan mencemarkan imej Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Sementara itu, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata kelmarin bahawa masa beberapa minggu diperlukan sebelum Washington dapat mengumpulkan cukup bukti untuk mengenakan sekatan terhadap mereka yang bertanggungjawab membunuh Jamal. – AFP/BH ONLINE

Tags: Jamal KhashoggiMayat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kucing ‘Comel’ Bawa Tuah Kedai

Next Post

PSG Muncul Kelab Pertama Eropah Menang 12 Kali

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

Renni Terjatuh Di Kawasan Curam, Mayat Masih Terperangkap Di Gunung Rinjani

04/05/2025
0

SHAH ALAM - Abang ipar kepada pelakon Riezman Khuzaimi, Rennie Abdul Ghani, 57, meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki Gunung...

Next Post

PSG Muncul Kelab Pertama Eropah Menang 12 Kali

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd