• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Palu Terus Diuji, Kini Dilanda Banjir Lumpur

oleh Cj Mnh
19/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA PALU (Sulawesi) – Luka akibat bencana gempa bumi dan tsunami pada 28 Sept lepas masih belum sembuh namun masyarakat Palu diuji lagi apabila beberapa kawasan di pinggir bandar itu dilanda banjir lumpur Jumaat lepas.

Antara perkampungan yang terjejas teruk ialah Desa Bangga di Sigi kira-kira 100 kilometer dari kota Palu, di sini.

Tinjauan Bernama mendapati banjir setinggi lebih dua meter itu turut membawa tanah serta pokok tumbang hingga mengakibatkan kemusnahan yang teruk.

Ketua Kampung Desa Bangga Jalil Mahawali berkata kejadian banjir itu adalah yang terburuk sepanjang 39 tahun dia menetap di perkampungan tersebut.

“Di Desa Bangga memang pernah berlaku banjir tetapi tidak seteruk ini hinggakan ada beberapa rumah turut dihanyutkan banjir lumpur,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika ditemui di perkampungan itu di sini pada Isnin.

Katanya kejadian gempa bumi tempoh hari menyebabkan sebahagian gunung di hulu sungai runtuh dan hujan lebat menyebabkan sisa tanah daripada runtuhan itu turut dibawa air hujan, sekali gus menyebabkan banjir besar tersebut.

Kejadian gempa bumi kuat dan tsunami itu dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 2,000 penduduk.

Jalil berkata bencana banjir lumpur itu menjejaskan hampir 2,000 mangsa dan menenggelamkan lebih 300 buah rumah, namun kejadian tidak mengorbankan nyawa.

Sementara itu seorang mangsa, Abdurrahman Idrus, 56, berkata dia tidak dapat melupakan kejadian melihat rumah yang dibina berhampiran sungai ditenggelami air hingga mencecah bumbung.

“Kejadian berlaku pada 9 malam, Jumaat… hujan turun dengan lebat dan kurang daripada sejam tiba-tiba air sungai naik dengan cepat. Pada mulanya ingat hanya air biasa tetapi sangkaan saya meleset apabila melihat rumah jiran yang diperbuat daripada kayu hanyut ditelan arus deras,” katanya sambil menunjukkan rumahnya yang dibina lima tahun lepas turut ditenggelami banjir lumpur.

Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk, Jabatan Kemajuan Malaysia Islam (Jakim) bersama-sama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang masih berada di sini, bertindak menghulurkan bantuan segera.

Timbalan Pengarah Jakim Dr Yamin Ismail berkata pihaknya dengan kerjasama Mapim sedang mengumpul data terperinci berhubung kerosakan agar bantuan secara sistematik dapat diagihkan.

Jakim dan Mapim kini dalam misi kemanusiaan menghantar bantuan bernilai RM2.3 juta kepada mangsa bencana gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah. – BERNAMA

Tags: Banjir LumpurPalu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ketua Setiausaha MOEA Enggan Ulas Penggabungan FELDA-FELCRA

Next Post

Aarón Ñíguez Sertai JDT

Related Posts

Banjir Lumpur: Laluan Kontra Diaktifkan Di LPT2

Banjir Lumpur: Laluan Kontra Diaktifkan Di LPT2

18/12/2022
0

Laluan kontra sedang diaktifkan antara Bukit Besi ke Ajil di KM392.4 hingga KM394.6 arah utara menghala ke Kuala Terengganu di...

Selepas Setahun, Mangsa Palu Masih Berjuang Teruskan Hidup

29/09/2019
0

JAKARTA - Ribuan penduduk di Indonesia kini masih berjuang membina semula kehidupan mereka setahun selepas gempa bumi kuat dan tsunami...

Next Post

Aarón Ñíguez Sertai JDT

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd