• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mara Peruntuk RM2 Bilion Bagi Pengajian Tinggi

oleh
03/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memperuntukkan sebanyak RM2 billion tahun hadapan bagi membiayai penuntut tajaannya yang melanjutkan pengajian di dalam dan di luar negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata jumlah pembiayaan berkenaan adalah sama dengan jumlah tahun ini.

“Daripada segi pendidikan, penyelarasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan bajet-bajet yang kita dapat Alhamdulillah kita dapat seperti apa yang telah kita pohon. Itu akan menambahkan lagi mutu produk Mara itu sendiri,” katanya pada Bernama di Majlis Malam Apresiasi Mara 2018, di sini malam ini.

Majlis berkenaan diadakan bagi meraikan pesara dan warga kerja Mara yang telah berkhidmat antara 25 hingga 40 tahun.

Terdahulu Rina dalam ucapannya berkata, Mara juga telah membelanjakan RM3.3 juta sehingga bulan Ogos tahun ini untuk pembiayaan kesihatan warga, anggota keluarga dan pesara Mara.

Kata Rina, ia jelas menunjukkan Mara sangat mengambil berat tentang hal kebajikan warganya termasuk golongan pesara dan anggota keluarga mereka.

“Kemudahan kebajikan yang dinikmati ini adalah kerana Mara sebagai majikan sangat menghargai komitmen dan dedikasi tuan-tuan dan puan-puan yang telah bersama-sama memikul tanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan demi kesejahteraan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: MARARina Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kecewa Tiada Peruntukan Sukma 2020 – Exco Johor

Next Post

Pelancongan Perubatan Boleh Tingkat Ekonomi

Related Posts

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

24/02/2024
0

KUALA LUMPUR: MARA mencadangkan isu pentakrifan semula kategori pendapatan B40, M40 dan T20 dijadikan agenda ekonomi negara. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

Pelancongan Perubatan Boleh Tingkat Ekonomi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd