Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

MB Perak Ditekan DAP...

KUALA LUMPUR - UMNO Perak mengingatkan kerajaan negeri itu supaya tidak mencabul Perlembagaan...

Bayi Diletak Dalam Periuk...

NEW DELHI - Seorang bayi perempuan yang baru dikebumikan hidup-hidup di utara India.Ketua...

Dua Gadis Diekori Dua...

BARU-BARU ini penduduk kawasan sekitar Shah Alam, Selangor digemparkan dengan berita seorang pelajar...

Anggota Polis Kelantan Mencukupi...

PASIR PUTEH - Polis Kelantan tidak memerlukan bantuan anggota tambahan dari negeri lain...

Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan Mat Sabu

PELABUHAN KLANG – Sepasang suami isteri yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Pangsapuri Taman Pendamar Indah 2 di sini pada Isnin lepas, menerima sumbangan RM1,000 sebagai bantuan awal bagi menampung keperluan semasa.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Menteri Pertahanan yang juga Anggota Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu kepada P. Subramaniam, 52, ketika melawat unit rumah yang terbakar itu hari ini.

“Kebakaran serius hanya melibatkan satu unit rumah saja namun jika ada unit lain yang terkesan atau retak dengan insiden itu, kita minta penghuni membuat laporan kepada pihak bomba dan polis untuk diteliti sama ada ia masih selamat diduduki atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan tersebut.

Turut hadir semasa lawatan itu adalah Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani.

Mohamad berkata bantuan selanjutnya akan diberikan mengikut laporan kerosakan yang diterima daripada pihak bomba dan ia akan disalurkan menerusi peruntukan daripada Pejabat Parlimen Kota Raja, Pejabat Dewan Undangan Negeri Sentosa dan kerajaan Selangor.

Dalam pada itu Samsol Maarif berkata, kebakaran kira-kira pukul 8.40 malam itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas masakan menyebabkan ia meletup dan berlaku beberapa rebakan dinding sehingga ia jatuh ke tingkat bawah.


“Ketika kejadian, penghuni rumah tiada dan mungkin masa itu kebocoran gas berlaku serta memenuhi ruang udara. Apabila mereka pulang dan membuka lampu, ia menyebabkan letupan sehingga dinding unit di tingkat dua itu rebak dan jatuh ke tingkat bawah.

“Letupan itu menyebabkan rumah berkenaan terbakar seratus peratus dan hasil pemeriksaan mendapati ada berlaku beberapa kerosakan pada unit-unit rumah berdekatan. Kami minta mereka laporkan kepada bomba untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Subramaniam yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang berterima kasih kepada Mohamad kerana menziarahi beliau yang kini ditempatkan sementara di Dewan Orang Ramai Pandamaran Jaya dan memberi bantuan awal.

Katanya, sumbangan wang itu boleh digunakan untuk membiayai keperluan harian berikutan kebakaran tersebut telah memusnahkan 100 peratus harta benda miliknya. – BERNAMA

Kategori