• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Rujuk Ulama Dunia Hukum Ambil Vaksin COVID-19

oleh
26/02/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mendapatkan pandangan dan penjelasan ulama terkemuka dunia tentang hukum pengambilan vaksin COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, beliau menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin, antaranya Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb, Mufti Mesir Shawki Allam dan Pengerusi Majlis Fatwa Kerajaan Emiriah Arab Bersatu Syeikh Abdullah Ben Bayyah.

“Rata-rata mereka berfatwa bersandarkan kepada rujukan pakar (bidang kesihatan) bagi memastikan vaksin ini (vaksin COVID-19) selamat dan halal digunakan.

“Antara syarat fatwa juga ialah merujuk kepada ahli ikhtisas (bidang khusus),” katanya dalam Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Vaksin: Cegah Sebelum Kalah’ yang disiarkan secara langsung di TV1 malam tadi.

Forum itu menampilkan sembilan ahli panel yang terdiri daripada mufti, pensyarah universiti, pendakwah dan pakar perubatan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, berkata ada tiga aspek penting bagi menentukan hukum halal dan haram sesuatu perkara, antaranya merujuk kepada pakar bagi bidang berkaitan sekiranya tidak terdapat dalil atau bukti dalam al-Quran dan hadis.

“Selain itu, hukum halal dan haram vaksin ini juga dikaji sama ada mempunyai sumber daripada haiwan yang tidak disembelih atau ada mengandungi bahan-bahan yang boleh mendatangkan mudarat.

“Sehubungan itu, kajian dan ahli kepakaran bidang kesihatan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan perkara-perkara yang memudaratkan ini,” katanya.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pula berkata Nabi Muhammad SAW turut merujuk pakar perubatan pada zaman itu jika ada para sahabat yang sakit.

“Nabi Muhammad SAW akan merujuk pakar perubatan, Al-Harith ibn Kaladah, walaupun beliau bukan seorang Muslim,” katanya. – BERNAMA

Tags: fatwaulama duniavaksin covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Majlis Kahwin Pasangan Bukan Islam Dibenar Di JPN, Rumah Ibadat

Next Post

Anggota ATM Di Zon Operasi, Luar Negara Pertama Divaksin

Related Posts

Fatwa MUI: Haram Hukumnya Beli Produk-Produk Pro Israel!

Fatwa MUI: Haram Hukumnya Beli Produk-Produk Pro Israel!

11/11/2023
0

MAJELIS Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan Fatwa baru iaitu Fatwa No. 83 Tahun 2023 tentang Hukum Menyokong Palestin. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

(PARLIMEN) PAC Dedah 8.5 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bernilai RM505 Juta Telah Luput

30/10/2023
0

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin Covid-19 bernilai RM505 juta telah...

Next Post

Anggota ATM Di Zon Operasi, Luar Negara Pertama Divaksin

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd