• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Rugi Jika ‘Berperang’ Untuk Dapatkan Jho Low

oleh
07/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan rugi jika mencetuskan pertikaian dengan negara yang dipercayai melindungi Jho Low yang nama sebenarnya Low Taek Jho semata-mata untuk mendapatkan ahli perniagaan dalam buruan itu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedar bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang kuat untuk melakukan perkara itu.

“Kita boleh ‘perang’ tapi kita akan kalah ‘perang’. Kita akan kehilangan Jho Low. Kita perlu akui kita bukan sebuah negara yang kuat.

“Kadang-kadang mereka berbaik dengan kita, kadang-kadang mereka tidak. Kita perlu menerima hakikat itu,” katanya ketika ditemui selepas berucap di Istiadat Konvokesyen ASWARA ke-15 di Panggung Eksperimen ASWARA di sini.

Perdana Menteri ditanya tentang gesaan Datuk A Kadir Jasin supaya kerajaan menggunakan taktik ala Mossad untuk membawa balik Jho Low yang menurut tokoh wartawan itu tentunya bukanlah sesuatu yang sukar kerana pihak polis di negara ini tahu di mana beliau berada.

Ditanya sama ada beliau tahu Jho Low berada, Perdana Menteri sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa kerajaan tidak tahu di mana ahli perniagaan yang dikaitkan sebagai dalang utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

“Saya tidak tahu,” jawabnya ketika ditanya sama ada Jho Low berada di barat atau di timur dunia.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan sedang bekerja keras untuk mendapatkan Jho Low melalui maklumat meskipun sedar ia bukan mudah.

“Saya dimaklumkan dia mungkin memegang pelbagai pasport dan dia mungkin melakukan pengubahan wajah. Tetapi semua ini hanya khabar angin sahaja kerana tidak ada bukti. Tetapi perkara itu boleh berlaku. Itu yang menyukarkan Malaysia,” ujar Dr. Mahathir.

Terdahulu Dr. Mahathir yang ditanya mengapa kenyataannya mengenai Jho Low tidak senada dengan Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Ketua Polis Negara tidak memaklumkan kepadanya tentang semua siasatan mengenai ahli perniagaan tersebut.

“Beliau tidak maklumkan dan saya tidak tahu tetapi tidak semestinya apabila dia tahu di mana Jho Low, dia perlu menghubungi saya dan memaklumkan Jho Low di sini atau di sana. Ia bukan begitu,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Tags: 1MDBJho LowMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kandungan Industri Kreatif Mampu Jadi Eksport Untungkan Negara

Next Post

Mahathir Tidak Ikuti Pembatalan Pertuduhan LTTE

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Mahathir Tidak Ikuti Pembatalan Pertuduhan LTTE

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd