• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Jadi Penganggur Dibuang Kerja Di Singapura

oleh
24/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Di tengah-tengah keadaan ekonomi makin lemah, kadar pengangguran di Singapura meningkat dalam suku kedua, malah lebih ramai pekerja dibuang kerja, menurut media tempatan.

Berdasarkan laporan terbaharu Pasaran Buruh yang dikeluarkan setiap enam bulan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), buat julung kalinya sejak Jun 2012, jumlah pemohon kerja melebihi bilangan jawatan kosong, .

Dalam kalangan warganegara Singapura sendiri, kadar pengangguran naik daripada 2.6 peratus kepada 3.1 peratus manakala mereka yang bertaraf penduduk tetap pula, ia naik daripada 2.7 peratus kepada 3 peratus.

Kadar pengangguran naik lebih tinggi melibatkan kalangan penduduk yang berusia 30 tahun dan ke atas, dan khususnya, mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas, menyaksikan kenaikan buat lima suku berturut-turut.

Mereka yang berlatar belakang pendidikan tinggi juga tidak terkecuali, dengan kadar pengangguran dalam kalangan graduan pemegang ijazah dari universiti dilaporkan meningkat teruk kepada paras tertinggi sejak 2009.

Pengambilan pekerja secara keseluruhannya naik hanya 4,200, berbanding 13,000 pada suku sebelumnya dan 9,700 jika dibandingkan dengan suku yang sama setahun lalu, tambah laporan perangkaan MOM tersebut.

Sejumlah 4,800 pekerja sudah berjaya diberhentikan kerja dalam suku kedua berbanding masing-masing hanya 4,710 pekerja pada suku sebelumnya dan 3,250 pekerja pada tempoh yang sama setahun lalu.

Ini adalah kadar pemberhentian pekerja suku kedua yang tertinggi direkodkan MOM sejak 2009, yang menyaksikan 5,980 orang terpaksa diberhentikan kerja, menurut laporan kementerian berkenaan lagi.

Stesen penyiaran tempatan, Channel NewsAsia melaporkan secara kesluruhannya, 9,510 pekerja diberhentikan kerja dalam separuh pertama tahun ini, juga jumlah tertinggi sejak 2009. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd