• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Ditutup Susulan Lanjutan Tempoh PKP

oleh
27/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Susulan lanjutan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mahkamah di seluruh negara terus ditutup dan perbicaraan kes-kes mahkamah juga ditangguhkan.

Mengikut kenyataan media dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), panduan  pengendalian kes-kes adalah sama seperti yang telah diumumkan pada 17 Mac lepas.

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh pada 17 Mac lepas berkata permohonan untuk tahanan reman dan pendaftaran kes baharu dan urusan jamin dijalankan seperti biasa.

Menurut kenyataan PKPMP, bagi memastikan akses kepada keadilan semasa tempoh lanjutan pelaksanaan PKP, pihak dalam kes sivil boleh memohon kepada mahkamah untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian.

Pendengaran kes sivil secara dalam talian boleh dilakukan menggunakan sistem e-Review, pertukaran e-mel atau sidang video atas syarat dengan persetujuan pihak-pihak dan juga kebenaran permohonan berkenaan adalah tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Prosiding yang boleh dipohon untuk didengar secara dalam talian adalah semua permohonan pendengaran permohonan “ex-parte” atau “inter-partes” yang difailkan bersama perakuan segera di Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Rendah di Semenanjung.

Di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak, semua prosiding termasuk sebutan, permohonan, bicara, rayuan, mediasi, pengurusan kes, klarifikasi dan keputusan yang mana tarikh telah ditetapkan, adalah secara e-Review atau sidang video.

Permohonan untuk pendengaran secara sidang video perlu dibuat kepada pihak Mahkamah melalui e-mel sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh pendengaran atau sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.

Menurut kenyataan itu, pihak-pihak hendaklah berpakaian sopan dan yang bersesuaian semasa prosiding secara sidang video.

Pada Rabu lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan tempoh PKP dilanjutkan sehingga 14 April untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Tags: mahkamahperintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd