• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Pertahan Kajian Pakar, Sisa Lynas Tak Berbahaya

oleh
19/08/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan kajian pakar bahawa sisa kilang nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) di Gebeng, Kuantan tidak berbahaya.

Menurut beliau, kerajaan akan mengikut kajian pakar dalam isu berkenaan berbanding pandangan pihak lain yang membantah.

“Pakar cakap ia tidak berbahaya tetapi ada pihak tetap mahu mengatakannya berbahaya. Jadi amat sukar untuk kerajaan buat keputusan kerana pandangan popular dan pandangan pakar berbeza.

“Adakah kita ikut pandangan popular atau pandangan pakar? Jika kita ikut pandangan popular maka tiada apa kita boleh lakukan kerana setiap kali kita nak buat sesuatu, akan ada yang bantah.

“Maka kita tidak boleh selalu ikut pandangan popular,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pembukaan Kongres Statistik Sedunia, Institut Statistik Antarabangsa ke-62 (ISI WSC) 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai bantahan Kumpulan anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) di Kuantan hari ini.

Kira-kira 500 peserta berhimpun bagi membantah tindakan kerajaan membenarkan lesen operasi Lynas diperbaharui selama enam bulan.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kerajaan yakin mampu menguruskan sisa Lynas mengikut cara yang sesuai.

“Kita ada pilihan untuk dibuat sama ada kita mahu tutup industri ini dan hilang kredibiliti dari segi pelaburan langsung asing. Atau kita teruskan dan menguruskan apa yang dikira sebagai masalah.

“Kita boleh uruskan masalah itu,” katanya.

Tags: lynas malaysiaMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Piagam UMNO, PAS Bukan Sekadar Kerjasama Politik

Next Post

Suami Isteri, Bayi Maut Dalam Kebakaran Rumah

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Suami Isteri, Bayi Maut Dalam Kebakaran Rumah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd