Mahathir Akui DAP Paling Berkuasa Dalam PH

BONGKAR… Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui DAP memainkan peranan penting dalam tentu segala perkara besar urusan pentadbiran kerajaan Pakatan…

BONGKAR… Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui DAP memainkan peranan penting dalam tentu segala perkara besar urusan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini.

Perkara aneh itu malah termasuk berkaitan kedudukan dirinya sendiri sebagai Perdana Menteri, sekali gus cetus spekulasi bahawa Pengerusi PH tersebut sebenarnya hanyalah alat boneka DAP untuk tawan pengundi Melayu!

Mahathir, 93, berkata, memang pada awalnya dalam politik, DAP adalah sebuah parti seteru, namun keadaan telah berubah menjadikan parti cauvinis tersebut sebagai rakan sekutu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Kedua-dua parti tersebut kemudian bekerjasama di bawah satu gabungan longgar dikenali PH yang hanya berjaya didaftarkan sah setelah blok politik pelik itu menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei tahun lalu.

“Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP sebagai parti musuh, tapi saya hendak bagi tahu bahawa yang tentukan saya akan jadi pengerusi PH dan bakal PM (Perdana Menteri) jikalau menang dalam PRU lalu adalah DAP sendiri.

“Mereka (DAP) yang boleh tentukan siapakah pemimpin dan siapa akan pegang jawatan selepas berjaya ambil alih kerajaan pusat, semuanya ini datang dari DAP. Jadi, kalau orang kata (DAP) musuh, kenapa mereka pilih saya pula?

“Mereka juga sedar, kerosakan yang dilakukan pemimpin kerajaan terdahulu perlu disingkirkan… dan sebab itulah kita menang dalam PRU ke-14 lalu,” dalih Mahathir lagi bagi ‘halalkan’ jalinan kerjasama politik dengan pihak DAP.

Mahathir yang juga Pengerusi PPBM menyatakan perkara pelik tersebut ketika berucap merasmikan Pejabat PPBM Negeri Terengganu di Ladang Tok Pelam di Kuala Terengganu dalam lawatan rasmi ke negeri berkenaan semalam.

Pendedahan Mahathir itu sekali gus mengesahkan ‘cakap politik’ sebelum ini tular menyatakan bahawa DAP lebih berkuasa dalam PH termasuk diberi portfolio jawatan menteri dan timbalan yang strategik untuk jemaah Kabinet.

PPBM yang merupakan serpihan UMNO, terpaksa menyertai DAP, PKR dan serpihan PAS iaitu PAN dalam PH, dengan turut dakwa kononnya ia merupakan sebuah parti berjiwa Melayu sepenuhnya. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...