• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAFI Beri Jaminan Barangan Keperluan Cukup Menjelang Aidilfitri

oleh Mohd Arshad
21/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURUN : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan bekalan barangan keperluan harian mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata berdasarkan pemantauan bekalan seperti ayam dan telur juga tidak berkurangan serta berada dalam keadaan stabil

“Kita memantau ladang-ladang penternakan ayam dan telur… kita diyakinkan oleh pengusaha ladang dan pengeluar bahawa bekalan mencukupi untuk musim perayaan nanti.

“MAFI lihat dari segi perspektif bekalan, manakala harga akan dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah HotPack Packaging Ind.LLC, UAE di k Free The Seed Sdn.Bhd , di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Media sebelum ini melaporkan bekalan telur di beberapa negeri berkurangan susulan permintaan tinggi oleh peniaga ketika Ramadan selain peningkatan harga ayam di seluruh negara.

Rata-rata peniaga ayam dilaporkan mendakwa mereka terpaksa menaikkan harga ayam berikutan mendapat harga yang tinggi daripada pembekal.

Mengulas lanjut, Ronald berkata kos pengeluaran haiwan ternakan ketika ini meningkat berikutan harga komponen makanan ternakan yang diimport juga meningkat.

“Dari sudut pandangan MAFI, kos pengeluaran ternakan meningkat sejak dua bulan lalu.

“Kita mengimport jagung dan hampas kacang soya dari luar negara yang tertakluk kepada peningkatan (kos di luar negara) jadi tentu sekali kos pengeluaran juga meningkat dengan peningkatan kos import makanan ternakan ini,” katanya.

-Berita Harian

Tags: AidilfitriBarangan KeperluanCukupMAFI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd