Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dua Rentung Dalam Kebakaran...

KOTA KINABALU - Seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran sebuah...

COVID-19: Semuanya Bermula Di...

SIMPANG RENGGAM - “Semuanya bermula daripada majlis kenduri kahwin dan tahlil pada 15...

Lakukan Post Mortem, Buat...

SIK - Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah...

Gambar: Pemandu Maut, Treler...

SEORANG pemandu lelaki maut selepas treler yang dipandunya terbabas ke dalam tasik di...

Lupakan Skim Cepat Kaya…Trend Kini Melabur Saham

Baru-baru ini semakin banyak kisah orang kita terutamanya orang Melayu yang kehangusan duit dalam pelbagai skim cepat kaya di luar sana.

Terkini yang dilaporkan di media massa; sebanyak 56 syarikat pelaburan yang tidak diiktiraf aktiviti perniagaannya dipercayai telah mengaut keuntungan lebih RM500 juta de­ngan menipu wang orang ramai. Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd. Wahid berkata, kesemua syarikat terbabit telah menjalankan pelbagai bentuk pelaburan tanpa kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Ini tidak pelik kerana orang kita sejak zaman Pak Man Telo suka melabur di tempat yang tidak mendapat kebenaran Bank Negara. Orang kita memang terkenal dengan sikap tidak mahu berusaha tetapi mahu pulangan yang lumayan (contoh mudah adalah budaya berniaga ala ‘Ali Baba’).

Baca juga : Polis Bongkar Sindiket Penipuan FOREX
Baca juga : 10 Skim Pelaburan Ini Menjadi Sebutan, Tapi Baik Lari Jauh-Jauh

Kalau nak pulangan yang lumayan pun, kenapa tidak melabur saham di Bursa Malaysia yang berpotensi untuk mendapatkan pulangan “Return on Investment” yang berganda?

Pelaburan saham yang sah begini memang tidak ramai yang ingin ambil tahu.

Orang kita lebih gemarkan pelaburan yang pelik-pelik, masuk duit hari ini kemudian tunggu hujung bulan dapat bonus atau pulangan. Bila sudah sedap mendapat pulangan yang begitu mudah, mulalah berani melabur dalam jumlah yang lebih besar, tetapi tahu-tahu duit dah lesap!

Tetapi tidak mustahil ramai di luar sana yang mungkin tidak pernah dengar pun apa itu Bursa Malaysia.

Tidak mustahil juga ramai di luar sana yang mungkin tidak pernah tahu kewujudan bangunan Bursa Malaysia di Bukit Kewangan, Kuala Lumpur.

bursaMalaysia


Saham ini benda yang hari-hari kita dengar, boleh baca di akhbar, dengar di televisyen laporan berkaitan saham dalam dan luar negara tetapi malangnya statistik menunjukkan bilangan rakyat Malaysia yang terlibat dalam pelaburan saham yang sah ini adalah kecil berbanding yang suka terlibat dengan skim-skim yang tidak sah ini”

itu menurut kata Mentor Saham #1 Malaysia, Tuan Hj Mohd Asri Ahmad dalam satu rancangan terbitan RTM baru-baru ini.

“Pada 18 Jun nanti, Asri Ahmad Academy julung-julung kalinya bersama-sama dengan Bursa Malaysia akan menganjurkan Seminar Labur Saham,” kata Mohd Asri.

“Ramai orang kita di luar sana yang ingat saham ini haram sedangkan terdapat 669 syarikat yang patuh syariah tersenarai di Bursa Malaysia.” kata beliau lagi.

“Untuk sesi 18 Jun nanti, kami terpaksa menutup pendaftaran lebih awal iaitu pada 13 jun kerana permintaan terlalu tinggi. Jadi, menyedari minat orang kita untuk mendapat bimbingan dalam ilmu pelaburan saham semakin tinggi, insha Allah kami bercadang untuk menjadikan program ini sebagai acara bulanan,” kata Mohd Asri.

Ini merupakan petanda positif yang seharusnya disokong. Kami dimaklumkan bahawa peserta akan diberi pendedahan tentang pelaburan saham dalam seminar separuh hari ini oleh Tuan Hj Mohd Asri Ahmad serta wakil dari Bursa Malaysia sendiri.

Kepada anda yang benar-benar yang ingin memulakan langkah pertama untuk belajar tentang apa itu pelaburan saham atau yang memang sudah terlibat dan ingin belajar strategi-strategi yang menguntungkan dari Tuan Haji Mohd Asri, carilah peluang untuk hadir sesi bersama beliau.

Kami tertarik dengan satu posting beliau di Facebook. Memang sentap sebab tidak pernah tahu bahawa :

Orang biasa macam kita boleh beli saham KLCC
Orang biasa macam kita boleh beli saham Nestle
Orang biasa macam kita boleh beli saham Tenaga Nasional
Orang biasa macam kita boleh beli saham Bank Islam atau Takaful
Orang biasa macam kita boleh beli saham Padini atau Bonia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori