Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Datuk Seri Antara 114...

KUALA LUMPUR - Seorang Datuk Seri dan lima Datuk antara 114 individu anggota...

Sabah Benar Solat Rapat...

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membenarkan solat berjemaah di masjid atau surau dengan kapasiti...

Gerakan Merah Buat Laporan...

BUKIT MERTAJAM - Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) meminta polis mengambil...

Malaysia-Kazakhstan Tubuh J/kuasa Khas...

KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa khas dijangka ditubuh antara Malaysia dan Kazakhstan bagi...

Lintas Langsung Istiadat Kahwin Tunku Tun Aminah

MAJLIS istiadat perkahwinan diraja puteri Sultan Johor buat julung kalinya bakal disiarkan secara lintas langsung dari Istana Besar di Johor Bahru kepada penduduk di ibu negeri Johor tersebut.

Menurut kenyataan The Royal Johor Press dalam akaun rasmi Facebook lewat malam tadi, ia bakal dipancarkan di skrin gergasi yang dipasang di Dataran Bandaraya Johor Bahru dan Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Istiadat perkahwinan pasangan pengantin diraja itu malahan akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat warisan Melayu dan budaya Istana Johor.

Seluruh penduduk negeri Johor boleh menyaksikannya bermula jam 8 malam pada tanggal 14 Ogos ini, menurut kenyataan pejabat media rasmi istana Johor berkenaan lagi.

Tunku Tun Aminah yang juga merupakan Presiden Kelab Bola Sepak JDT bakal melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah.

Baca: Tunku Tun Aminah Kahwin Jejak Belanda 14 Ogos Ini

Tunku Tun Aminah merupakan puteri tunggal kepada pasangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.


Manakala bakal suaminya, Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas merupakan jejaka kelahiran Belanda dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Penduduk Johor diharapkan tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bersama menyaksikan istiadat perkahwinan yang julung kali disiarkan kepada umum secara terbuka.

Apa-apa pun, bersama kita doakan agar majlis ini berjalan dengan lancar dan sentiasa bahagia hendaknya buat pasangan ini. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Kategori