Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Obesiti Boleh Diatasi Dengan...

KUALA LUMPUR - Apakah obesiti tidak dianggap sebagai masalah, sehingga jumlah rakyat Malaysia...

Sukan SEA: Jantina Atlet...

SKUAD bola tampar wanita Filipina mengemukakan bantahan kepada jawatankuasa Sukan SEA di Singapura...

Robert Rizal: Bunuh 5...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles TAHUN 1973 bukan sahaja menjadi tempoh yang mencabar buat...

9 Askar Direman Bantu...

JOHOR BAHRU - Sembilan anggota tentera direman tujuh hari bagi membantu siasatan satu...

Lin Dan Akui Curang Ketika Isteri Mengandung

KANTOI… Pemain badminton terkenal China, Lin Dan mengakui menjalinkan hubungan sulit selepas gambarnya dengan seorang wanita didedahkan oleh penulis blog tempatan.

China.Org melaporkan, blogger yang dikenali sebagai detektif Zhao Wu’er menyiarkan beberapa keping gambar Lin Dan bersama-sama seorang wanita misteri menerusi blognya hari ini.

Blogger tersebut berkata, dia melihat wanita itu memegang tangan Lin Dan dan membawanya pulang ke rumah wanita tersebut sebelum menghabiskan masa selama dua jam bersama.

Katanya, dia menemui Lin Dan bersama-sama dengan seorang wanita pada pertengahan September di sebuah restoran terkemuka.

Lin Dan Akui Curang Ketika Isteri Mengandung

Oktober lalu, juara badminton pada Sukan Olimpik di Rio baru-baru ini mengambil bahagian dalam kejohanan badminton kebangsaan di Guangdong, China.

Secara kebetulan, penulis blog tersebut melihat Lin Dan sekali lagi memikat wanita tersebut dan mereka berdua kemudian pergi ke hotel bersama.

Gambar keintiman Lin Dan dan wanita tersebut berjaya dirakam blogger tersebut dan dimuat naik dalam blognya sebelum tersebar di laman sosial terkenal China iaitu Weibo.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika isteri Lin Dan, Xie Xingfang sedang sarat mengandung dan telah selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada 5 November lalu.


Lin Dan Akui Curang Ketika Isteri Mengandung

Xingfang, 35, juga merupakan juara dunia dua kali pada kejohanan badminton dunia dan pasangan tersebut menerima jolokan pasangan emas China.

Selepas pendedahan tersebut, netizen tempatan menyiasat identiti wanita yang menjalinkan hubungan sulit dan mendapati dia adalah seorang model dan pelakon, Zhao Yaqi.

Pendedahan tersebut mengejutkan ramai pihak dan Lin Dan akhirnya mengeluarkan kenyataan meminta maaf dan mengakui kesilapannya.

“Sebagai seorang lelaki, saya tidak akan membuat alasan untuk diri sendiri, tetapi tingkah laku saya telah menyakiti hati keluarga.

“Jadi, saya ini memohon maaf kepada keluarga,” katanya dalam satu kenyataan ringkas melalui laman sosialnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori