Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Resolusi Perangi Islamofobia Di...

NEW DELHI - Resolusi yang dibawa Pakistan bagi memerangai Islamofobia diterima Perhimpunan Agung...

Afrika Digugur Lokasi Ujian...

GENEVA - Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus semalam berkata,...

Kumpulan Anti Vaksin Ada...

KUALA LUMPUR - Menjual produk yang kononnya mampu menjadi alternatif kepada vaksin adalah...

Wanita UK Hasilkan Roti...

MELESTARIKAN alam semula jadi bagi memastikan kelangsungan hidup adalah sesuatu yang terpuji, namun...

Lepas Limo, Kini Kapal Mewah Pula… Suprise Hafiz Tular!

KAMI pasti, rakyat Malayia masih lagi tidak lupa akan kisah viral mengenai lelaki bernama Hafiz Mahamad yang membuat kejutan untuk kekasihnya dengan menyewa sebuah limosin putih?

Baca: Layan Kekasih Bak Princess, Hafiz Mahamad Trending

Iyelah, mana mungkin boleh lupa tahap ‘kemanisan’ Hafiz melayan dan menyambut ulang tahun kekasihnya, Syafiqah hingga membuatkan kejutan itu menjadi perbualan hangat dan trending di laman sosial.

Lepas Limo, Kini Kapal Mewah Pula... Suprise Hafiz Tular!

Fenomena yang dibawa Hafiz juga telah menyebabkan ramai wanita berangan-angan mengimpikan kekasih yang boleh melakukan kejutan seperti yang dibuatnya.

Nampaknya, wanita di luar sana mungkin bakal gigit jari lagi kerana Hafiz sekali lagi membuatkan kejutan manis buat Syafiqah namun kali ini menggunakan kapal mewah pula.

Bukan sahaja Syafiqah, Hafiz turut membawa keluarganya dan keluarga tunangnya menaiki kapal mewah itu.

Dan tidak ketinggalan, Hafiz telah mengupah jurugambar profesional untuk merakamkan gambar dan detik indah mereka di atas kapal mewah itu.

Lepas Limo, Kini Kapal Mewah Pula... Suprise Hafiz Tular!


Pendek kata, memang sweet habislah apa yang dilakukan Hafiz ini!

Melihat video yang dimuat naiknya di laman Instagram, pasangan ini tidak ubah persis ala-ala aksi filem ‘Titanic’ pula.

Sementara itu, dalam satu video yang dimuat naikkan, Hafiz memberitahu, dia berbuat demikian adalah untuk kepuasan dirinya demi membahagiakan dan mengembirakan orang yang tersayang seperti keluarganya dan Syafiqah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori