• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembaga Pengarah 1MDB Berhati-Hati Catat Minit Mesyuarat

oleh
20/05/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad  (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa lembaga pengarah 1MDB sentiasa berhati-hati dengan apa yang mereka minitkan semasa mesyuarat bagi mengelak ia digunakan kemudian terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai CEO 1MDB dari 2009 hingga 2013, sesetengah perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat lembaga pengarah tidak dicatat bagi mengelak terdapatnya peluru tambahan dalam ‘serangan politik’ terhadap bekas perdana menteri itu.

Perkara itu didedahkan selepas beliau disoal peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, sama ada saksi tersebut memaklumkan lembaga pengarah mengenai kesulitan mendapatkan dokumen bagi tujuan pengauditan 1MDB kepada firma audit Ernst and Young (EY) memandangkan ia tidak dicatat dalam minit mesyuarat.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

EY dikatakan enggan menandatangani penyata kewangan 1MDB yang diauditnya kerana tidak berpuas hati dengan cara aset usaha sama (JV) yang dimiliki 1MDB dan PetroSaudi International (PSI International) dinilai.

EY kemudian dipecat daripada menjadi juruaudit 1MDB.

Muhammad Shafee: Apakah sebab utama Enrst and Young (EY) tidak bertahan lama sebagai juruaudit 1MDB?

Shahrol Azral: Pada masa itu (2009), seperti Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), terdapat percanggahan ketara nilai JV 1MDB-PSI dari segi nilai buku untuk dimasukkan ke dalam penyata kewangan 1MDB. 

Muhammad Shafee: Andakah yang memberi idea untuk memendekkan khidmat EY?

Shahrol Azral: Saya tidak ingat siapa yang memulakannya tapi bukan saya.

Beliau berkata terdapat cadangan untuk menggantikan EY dengan firma audit lain iaitu KPMG dan tidak menolak bahawa idea itu mungkin datangnya daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho or Jho Low.

Katanya beliau telah memanjangkan isu kesulitan mendapatkan dokumen tersebut kepada Najib, namun tidak mencatat perkara itu.

“Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (bekas pengerusi 1MDB) dan saya telah pergi ke pejabat Datuk Seri Najib di mana kami telah membangkitkan isu itu kepadanya. Saya tidak ingat bila, sama ada pada 2009 atau 2010,” katanya.

Shahrol Azral tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa sebagai CEO, beliau telah menyembunyikan setiap isu yang dibangkitkan EY dengan menukar juruaudit.

Muhammad Shafee: Begitu pun juruaudit baharu telah menandatangani penyata kewangan itu. Bagaimana? Mereka tidak mendapat dokumen terbabit.

Shahrol Azral: Betul.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jalan Raja Chulan branch of AmIslamic Bank Berhad cawangan Jalan Raja Chulan di sini antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Najib, yang juga bekas Menteri Kewangan, berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan perbuatan itu di bank sama antara 22 Mac dan 30 Ogos 2013.

Semua pertuduhan adalah di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Masalah Emosi Isu Utama Kesihatan Mental Rakyat

Next Post

Awas, Polis Jengah Kediaman Yang ‘Meriah’ Waktu Raya

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Awas, Polis Jengah Kediaman Yang 'Meriah' Waktu Raya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd