Lelaki Temui Ajal Dipenggal Bilah Helikopter

SEORANG lelaki maut selepas terkena bilah kipas helikopter di bahagian kepalanya sewakty bekerja di lapangan terbang Florida, Amerika Syarikat.

Pejabat Sheriff Hernando County berkata, Salvatore Disi, 62, meninggal dunia berhampiran bangunan tempat menyimpan dan menyelenggarakan kapal terbang di Lapangan Terbang Wilayah Brooksville-Tampa Bay pada Khamis.

Lapangan terbang itu terletak kira-kira 64 kilometer di utara Tampa.

Pihak berkuasa berkata, dua orang lelaki menggunakan pedati kuasa untuk menghidupkan helikopter dan secara tiba-tiba helikopter tersebut tersentak dan kemudian turun.

Kenyataan sheriff mendapati bahawa gerakan itu menyebabkan bilah utama yang berputar dalam helikopter tersebut terkena kepala Disi dan menyebabkannya maut serta-merta.

Sumber pejabat sheriff berkata, kecederaan itu boleh dikelaskan sebagai dipenggal, lapor stesen televisyen Tampa Bay WFLA-Ch. 8.

Polis Hernando County, Sheriff Al Nienhuis memberitahu wartawan bahawa pihaknya tidak mengesyaki terdapat perbuatan khianat, tetapi siasatan penuh akan dijalankan. – Sun Sentinel

Loading...