• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Hina Agong, Sultan Ibrahim

oleh
04/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS menahan seorang lagi lelaki semalam, kerana mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan menerusi Facebook terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 42 tahun ditahan di Seremban, Negeri Sembilan.

“Kita tahan seorang lelaki semalam bagi bantu siasatan kes hina Agong dan Sultan Johor.

“Kes ini tiada kena mengena dengan lima individu yang diburu kerana menghina Agong, seperti disebut Timbalan Ketua Polis Negara (Datuk Mazlan Mansor).

“Kita ada tahan beberapa individu terbabit dengan kes itu yang dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. Maklumat terperinci mengenainya akan dimaklumkan kemudian,” katanya pada BH, hari ini.

Semalam, Mazlan dilaporkan berkata polis menahan lima individu dan membuka 10 kertas siasatan membabitkan kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial Facebook, setakat ini.

Mazlan dipetik berkata, pihaknya masih mengesan lima individu lagi yang disyaki terbabit melakukan perkara sama. – myMetro Online

Tags: Al-Sultan AbdullahHina Agonghina sultanSultan Ibrahim Sultan Iskandar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zahid Bertemu Yang Dipertua Negeri Melaka

Next Post

PAS Tak Tetap Syarat, Permintaan Bentuk Kabinet

Related Posts

Serangan Iran Ke Atas Israel: Wisma Putra Perlu Bersedia, Pantau Rakyat Malaysia – TPM

Hina Agong: ‘Jika Dibiar Berterusan, Akan Jadi Api Dalam Sekam’

14/04/2024
0

PONTIAN: Pihak berkuasa diminta bertindak tegas terhadap individu yang memuat naik hantaran di media sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan...

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Disaman RM310 Juta

Al-Sultan Abdullah Dukacita Laporan Portal Berita Bersifat Fitnah

31/03/2024
0

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar...

Next Post

PAS Tak Tetap Syarat, Permintaan Bentuk Kabinet

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd