• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Ramai Artis Protes Isu Baitulmaqdis Di Medsos

oleh AK-47
10/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TATKALA majoriti umat ​​Islam di seluruh dunia menzahirkan kemarahan mereka atas tindakan  Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis secara rasmi sebagai ibu kota Israel, lebih ramai selebriti tempatan juga tidak ketinggalan untuk menyatakan protes mereka.

BACA: Selebriti Malaysia Pertahan Kesucian Baitulmaqdis

Memilih untuk membantah tindakan Trump itu melalui media sosial, artis-artis berkenaan dilihat begitu lantang meluahkan pendapat mereka mengenai isu tersebut.

This is so wrong @google Jerusalem @ Baitul Maqdis will always belong to Palestine! #jerussalembelongstopalestine

A post shared by Afdlin Shauki (@afdlinshaukiofficial) on Dec 9, 2017 at 7:42am PST

Semalam, Datuk Afdlin Shauki, yang kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah, menulis di akaun Instagramnya: “Ini sangat salah, @google. Baitulmaqdis akan sentiasa menjadi milik Palestin!”

Mengiringi entri berkenaan, pelakon, pengarah dan produser filem itu turut menyertakan gambar Baitulmaqdis menerusi enjin carian Google yang kini menyenaraikan kota tersebut sebagai ibu negara Israel.

Jerusalem will always be the capital of Palestine. Always. Go find ur own capital @b.netanyahu @realdonaldtrump #jerusalem #palestine

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir) on Dec 6, 2017 at 10:52pm PST

Penyanyi dan penulis lagu Faizal Tahir turut membantah pengiktirafan tersebut serta sempat menyindir presiden Israel iaitu Benjamin Netanyahu: “Baitulmaqdis akan sentiasa menjadi ibu kota Palestin. Sentiasa. Pergi cari ibu negara sendiri @ b.netanyahu.”

I’am emma from malaysia and i stand with PALESTINE The whole world stands with PALESTINE #emmamaembong #emavengers @emavengers #SaveTheChildrenOfGaza #HidupPalestin #BebasGaza #DataranMerdeka #StandWithPalestine #jerusalemisthecapitalofpalestine #jerusalem

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on Dec 8, 2017 at 7:49am PST

Menerusi akaun Instagram dan Twitter, pelakon Emma Maembong turut serta menyuarakan solidariti terhadap Palestin.

Tulis Emma: “Saya Emma dari Malaysia dan saya berdiri dengan PALESTIN. Seluruh dunia berdiri dengan PALESTIN.”

Pray for al-aqsa #savepalestine #bismillahadduha

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on Dec 8, 2017 at 6:28am PST

Pelakon, penyanyi dan tuan rumah TV Yana Samsudin menulis di akaun Instagramnya: “Berdoalah untuk al-aqsa #savepalestine #bismillahadduha.”

#Repost @nurhelizahelmi ・・・ ・・・ BERMULANYA INTIFADA . Bermulanya intifada pada 8 Disember 2017 bersamaan hari jumaat untuk menentang penjajah zionis. . . Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Ismail Haniyah dalam ucapan beliau yang berlangsung di Semenanjung Gaza. Beliau turut mengelarkan hari tersebut sebagai ” Hari Kemarahan” umat Islam berikutan pengisytiharan Presiden Amerika Syarikat Donald Trumph ke atas Jerusalem yang merupakan ibu kota Israel. Seruan Intifada mahupun kebangkitan wajib dilaksanakan oleh umat Islam diseluruh dunia untuk memberi tekanan kepada Trumph dan Israel itu sendiri. . . Umat Islam khususnya yang berada di bumi Malaysia perlu menyebarluaskan sebarang usaha untuk mengembalikan Al Quds ke tangan umat islam sama ada melalui media sosial, media cetak dan elektronik. . . Retorik murahan Presiden Amerika Syarikat hanya untuk meraih simpati rejim zionis perlu dibalas dengan kecaman dan tindakan dari dunia islam secara keseluruhannya. . . @amanpalestinofficial #TheJerusalemPalestinianCapital #HandsOffAlAqsa #HandsOffJerusalem #AmanPalestin

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on Dec 7, 2017 at 9:08pm PST

Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin juga mengirim semula entri milik penyanyi Nur Heliza Helmi di dalam akaun Instagramnya semalam, yang menyeru umat Islam di Malaysia untuk menyebarkan berita dan berusaha untuk memulihkan Baitulmaqdis melalui platform media sosial, cetak dan elektronik. -MYNEWSHUB.CC

Tags: ArtisBaitulmaqdismedia sosial
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

‘Saya Sedar Tiada Manusia Yang Sempurna’ – PMX Anwar Luah Isi Hati

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seei Anwar Ibrahim menzahirkan luahan hati muhasabah diri menerusi hantaran di media sosial hari...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd