Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sedih… Dengarkan Rintihan Pilu...

Runtun hati tatkala mendengar rakaman suara wanita yang merupakan salah seorang mangsa di...

Kisah Nenek Tua Jual...

SURABAYA - Siapa yang tidak berasa sedih atau mengalirkan air mata sekiranya melihat...

GAMBAR : Wow!! Neelofa...

Selebriti anak Kelantan ini sememangnya serba boleh.Bermula daripada kemenangan dalam pencarian Dewi Remaja...

8 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Lapan lagi kluster baharu Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),...

Larang Bincang Kemelut Dalaman PH Di Media Sosial

KUALA LUMPUR – Semua isu-isu dalaman Pakatan Harapan adalah dilarang diperbincangkan kepada umum termasuk di dalam media sosial.

Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu berkata, semua pihak turut diminta mengelak mengeluarkan kenyataan secara terbuka kepada pihak media.

“Semua pihak hendaklah mengelak dari mengeluarkan kenyataan secara terbuka sama ada kepada media mahupun di media-media sosial.

“Biarlah semuanya diselesaikan secara dalaman,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada kemelut berhubung pengagihan kerusi yang akan ditandingi pembangkang di Selangor.

Larangan itu dipercayai bertujuan menyorokkkan perbalahan yang berlaku antara parti-parti pembangkang daripada pengetahuan rakyat.


Mohamad meminta seluruh ahli dan penyokong Pakatan Harapan menghormati proses pengagihan kerusi tersebut.

Pakatan Harapan Selangor sehingga kini masih gagal memutuskan pengagihan kerusi PRU berikutan perebutan yang berlaku antara parti-parti gabungannya.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP dianggotai oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN. – MYNEWSHUB.CC

Kategori