• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan Maut Termasuk Enam Rentung Kemalangan

oleh Ahmad Albab
12/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lapan maut termasuk enam rentung dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, dekat sini kira-kira pukul 2.20 petang tadi.

Kemalangan itu melibatkan sebuah treler, sebuah Perodua Myvi, sebuah kenderaan pelbagai guna Proton Exora dan sebuah Toyota Vios.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt. Noorzainy Mohd Noor berkata mereka yang maut termasuk suami isteri dikenali sebagai Osman Mohamed Taip dan isterinya Rosniza Othman yang berada dalam Perodua Myvi.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang datang dari arah Keratong menghala ke Bahau cuba memotong sebuah motorsikal yang membawa peti aiskrim tetapi tidak lepas lalu membrek trelernya.

“Treler itu kemudiannya telah memasuki laluan bertentangan di sebelah kanan dan dalam masa sama sebuah Myvi yang datang dari arah bertentangan itu cuba mengelak treler berkenaan menyebabkannya memasuki ke kiri jalan dan bertembung dengan sebuah Vios dari arah Keratong ke Bahau.

“Kemudian telah datang Exora dari arah Bahau ke Keratong cuba mengelak treler namun gagal dan terperosok di bawah treler lalu terbakar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Noorzainy berkata akibat kemalangan itu, Exora itu hangus terbakar 100 peratus manakala treler hangus 50 peratus.

“Pemandu treler dan pemandu Vios tidak mengalami kecederaan manakala seorang lagi penumpang yang berada di dalam Myvi cedera,” katanya.

“Identiti enam mangsa yang rentung masih belum dapat dikenal pasti berikutan keadaan kesemua mangsa terbakar di tempat kejadian,” katanya.

Lapan Maut Termasuk Enam Rentung Kemalangan

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu treler didapati negatif dadah dan kesemua mayat dan mangsa yang cedera dibawa ke hospital Jempol untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Jempol malam ini, Noorzaini berkata seorang penumpang Myvi yang sebelum ini dilaporkan cedera dikenali sebagai Muhammad Alifthaqif Osman berusia tiga tahun merupakan anak kepada pemandu Myvi berkenaan, Osman Mohamed Taip.

“Hasil siasatan mendapati pemandu Myvi tersebut bersama isterinya tercampak keluar daripada kenderaan sejurus kemalangan. Anak lelakinya masih berada di dalam kereta tetapi mengalami patah bahu kiri dan dihantar ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan,” katanya.

Mengulas mengenai enam mangsa yang rentung di dalam Exora, Noorzainy berkata bomba mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana kebanyakkan mereka tersepit di bawah treler.

“Kita masih tunggu waris mangsa sebelum kita dapat kenal pasti identiti mereka. Jika perlukan ujian DNA kita akan jalankan,” katanya.

Katanya pemandu treler berusia 44 tahun yang membawa muatan kelapa sawit itu kini ditahan dan akan direman esok untuk siasatan lanjut.

“Pemandu treler ini telah 15 tahun memandu lori. Untuk siasatan lanjut, treler ini akan dibawa ke Puspakom untuk semakan jika terdapat masalah teknikal berdasarkan apa yang dimaklumkan pemandu bahawa ketika membrek treler berkenaan seakan hilang keseimbangan,” katanya.

Kesemua mangsa yang maut akan dibedah siasat, esok, katanya.

Noorzainy turut menasihatkan agar pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika melalui jalan Keratong-Bahau berikutan keadaan muka bumi laluan itu yang agak berbahaya.

“Laluan ini boleh dikatakan sebagai laluan hotspot (panas) kemalangan maut kerana ia agak sempit, dan beralun serta sering digunakan lori. Kami percaya ini juga salah satu punca menyumbang kemalangan maut,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd