• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantikan Politik PH Harus Letak Jawatan – Wong Chen

oleh
06/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang ahli Parlimen PKR mencadangkan lantikan-lantikan politik kerajaan Pakatan Harapan melepaskan jawatan masing-masing memandangkan perubahan pentadbiran, selepas krisis selama seminggu yang menyaksikan Muhyiddin Yassin menggantikan Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen beritahu FMT pertama-tamanya, PH sepatutnya tidak membuat pelantikan politik, terutama melantik ahli-ahli Parlimen.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini memetik Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengatakan parti itu memutuskan ahli-ahli dan pemimpinnya tidak akan meletakkan jawatan di badan-badan kawal selia kerajaan.

Ahli Parlimen Cheras itu berkata ini kerana PH adalah kerajaan sah yang mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum ke-14.

Wong berkata ahli-ahli Parlimen tidak patut menjadi lantikan politik sebalik ditugaskan dalam jawatan-jawatankuasa khas Parlimen dan kumpulan-kumpulan persahabatan diplomatik.

“Kalau orang-orang dalam badan-badan kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan adalah lantikan politik semata-mata dan bukan berdasarkan merit atau kebolehan, maka logiknya lantikan-lantikan ini harus meletak jawatan apabila lanskap politik berubah.

“Harapan saya, di masa depan mana-mana kerajaan pun yang memerintah, budaya lantikan politik akan dihentikan sama sekali.”

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah juga berkata lantikan politik PH harus meletakkan jawatan.

“Sebelum PRU-14, PH berkata tidak akan ada lagi lantikan politik di GLC dan syarikat-syarikat ini mesti diketuai golongan profesional. Tetapi apa yang kita nampak dalam 21 bulan lepas?”

Pengkritik PH membidas lantikan politik gabungan itu sepanjang ia memerintah, termasuk pelantikan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau sebagai ketua pegawai eksekutif Majlis Perniagaan Malaysia-China, dan pelantikan Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang pernah menjadi peguam Mahathir, sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang.

Ahli majlis tertinggi Bersatu, Redzuan Yusof bagaimanapun berkata apa yang lagi penting adalah lantikan politik kekal tidak partisan.

“Selagi mereka tidak partisan dalam menjalankan tugas-tugas mereka di badan-badan kawal selia, saya fikir tidak mengapa,” kata Redzuan, yang menyokong Muhyiddin.

“Saya percaya jika mereka hanya tumpu pada kerja masing-masing dan tidak mencampurinya dengan politik, mereka boleh semak dan imbang kerajaan semasa.”

Redzuan berkata tumpuan sekarang ini adalah melakukan apa yang terbaik untuk negara, termasuk tidak mendahulukan politik.

“Saya fikir tidak adil orang fitnah pentadbiran Muhyiddin sebelum beliau mula pun,” katanya, merujuk kepada kritikan terhadap Muhyiddin dan kerajaan baru.

“Cukuplah main politik, kembali bekerja. Sekarang bukan masanya untuk bimbang tentang jawatan seseorang, kita perlu letak negara di landasan yang betul.” – FMT

Tags: Ahli Parlimen PKRlantikan politikpakatan harapanWong Chen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

COVID-19: Kira-Kira 300 Juta Pelajar Seluruh Dunia Tak Ke Sekolah

Next Post

“Saya Bukan Punca Gelombang Kedua Covid-19” – Hisham

Related Posts

‘Jangan Letak Lantikan Politik Dalam IPCC’

‘Jangan Letak Lantikan Politik Dalam IPCC’

14/12/2022
0

KUALA LUMPUR : Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berharap pelaksanaan Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) tidak...

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Next Post

"Saya Bukan Punca Gelombang Kedua Covid-19" - Hisham

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd