Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Nabil Insaf Lepas Tengok...

PENGACARA dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad mengakui kini sedang cuba mendalami ilmu agama...

PPBM Memang Telah Dijangka...

SEHARI dua ini, tindakan ketua pertubuhan bukan kerajaan IDEAS, Wan Saiful Wan Jan...

Individu Positif, Dalam Kuarantin...

KUALA LUMPUR: Individu yang positif COVID-19 atau perlu menjalani kuarantin di rumah atau...

Johor Harap Bukti Baharu...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor berharap penemuan bukti baharu dapat membantu kerajaan persekutuan...

Laluan Pejalan Khas Untuk OKU, Tapi Letak Motor Pula?

KEMUDAHAN yang disediakan pada masa kini bagaikan sia-sia sahaja apabila terdapat segelintir golongan masyarakat yang bersifat minda kelas ketiga.

Terdapat banyak tempat parkir motorsikal telah disediakan di setiap bangunan pejabatĀ  mahupun di setiap kawasan awam. Tetapi mengapa perlu ganggu laluan khas bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) pula?

Seorang OKU dikenali sebagai Firdaus Hairi telah memuat naik satu entri di akaun Facebook miliknya mengenai sikap segelintir masyarakat berfikiran singkat mengenai kemudahan disediakan buat golongan sepertinya.

“Kemunculan status kali ini bukan sekadar perkongsian, tapi perlukan penjelasan dan tindakan.. Setelah lama terpaksa berdiam diri, kini terluah juga.

“Laluan yang setiap hari pagi dan petang dilalui kini terhalang dengan longgokan motor dan terkadang kereta juga turut ada,” tulisnya dengan penuh rasa kesal.

Firdaus dan isterinya, Noorhidayah Ibrahim dikatakan sering melalui di kawasan tersebut setiap pagi dan petang bagi menghantar anaknya ke taska serta pergi dan balik dari kerja.

Laluan pejalan kaki OKU itu langsung tidak dapat dilakui akibat deretan motosikal yang diparkir di situ dan secara langsung telah menyukarkan mereka berjalan sehingga terpaksa melalui jalan atas rumput.

“Apa yang berlaku ni? Takkan kita nak lalu atas rumput macam ni? Tak rata. Banyak kali boleh tergelincir.

“Laluan kita ada, tapi dah disalahgunakan. Bila kita kata ini untuk apa? mereka balas yang kawasan itu memang tempat parkir motor.

“Kita dah buat laporan tapi tak ada tindakan pun? Makin lama makin bertambah motor, bila kita terlanggar, marah pula,” katanya di dalam video tersebut.

Firdaus juga turut mempersolakn penggunaan slogan yang kononnya menjaga hak golongan OKU iatu ‘Masyarakat Prihatin’ dan ‘Santun OKU’ bagaikan dedaun gugur yang dibawa angin sahaja.

Malah, mereka juga menyeru supaya badan-badan bukan kerajaan dapat membela nasib mereka serta menegakkan keadilan bagi golongan OKU yang dilihat seperti ditindas ketika menggunakan kemudahan awam.


Difahamkan lokasi berkenaan merupakan di Rafflesia Condominium, Bandar Baru Sentul di ibu negara.

Firdaus turut memberitahu di ruangan komen postingnya itu bahawa pengawal keselamatan kondominium tersebut juga menghalang orang awam yang ingin membantu dia dan isterinya berjalan di luar kawasan tersebut.

Apa yang lebih menyedihkan ialah Firdaus turut memberitahu adakah tindakan undang-undang akan diambil jika nyawa mereka sudah tergadai akibat sifat pentingkan diri pemilik motosikal yang memarkir motor di laluan OKU.

Malah, pengawal keselamatan serta penduduk di kawasan yang dilaluinya juga bagaikan menutup mata tentang kehadiran mereka anak beranak yang sering melalui kawasan tersebut.

Luahan berkanaan menerima reaksi netizen yang turut berasa kecewa dan berang kerana sikap pentingkan diri sendiri masyarakat yang tidak prihatin itu.

Apa lah guna wujudnya mata pelajaran Pendidikan Sivik di seolah jika ia tidak dipraktikkan di dunia nyata.Ā Semoga selepas ini pihak berkuasa tempatan dapat mengambl tindakan terhadap isu ini.

Jika ianya dibiarkan lebih lama, pasti akan ada nyawa yang melayang.

Sebagai manusia yang cukup sifat dan mempunyai akal fikiran, pasti kita akan ada rasa prihatin dan kasihan kepada golongan OKU serta peka dengan keadaan mereka di tempat awam yang mungkin akan mengundang bahaya.

Golongan OKU juga berhak menggunakan kemudahan yang telah disediakan, jangan sesekali kita ‘rampas’ hak mereka! –Ā MYNEWSHUB.CC/AH

  • Lagi berita berkaitan:
  • OKU

Kategori