Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

RPK: Zeti Jadi Gabenor...

LONDON - Bukan sedikit malah mungkin cecah RM44 bilion atau lebih susulan pendedahan...

‘Tentera Seksi’ Kecut Perut...

KUALA LUMPUR - Tampil dengan tema ‘malam tentera seksi’ bagi menarik perhatian pelanggan...

Artis Sertai AADK Turun...

KUALA LUMPUR - Beberapa artis tanah air bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan...

Malaysia Tidak Amal Sistem...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengamalkan sistem demokrasi iaitu Raja Berperlembagaan, bukan raja yang...

Lagi Ahli Parlimen Nafi Sokong Mahathir Sebagai PM

PETALING JAYA – Seorang lagi ahli Parlimen menafikan menyokong Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri susulan satu senarai yang dikeluarkan oleh Pakatan Harapan bagi mencabar pelantikan Muhyiddin Yassin ke jawatan tertinggi itu.

Dalam satu klip video, ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata, adalah tidak benar beliau menandatangani akuan berkanun menyokong Mahathir, yang kini merupakan perdana menteri interim.

“Saya sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri seperti diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata Masri yang mewakili Parti Rakyat Sarawak (PRS).”

Lewat malam tadi Mahathir mengeluarkan senarai 114 ahli Parlimen yang menyokong pencalonan beliau sebagai perdana menteri, mendahului majlis angkat sumpah Muhyiddin sebagai perdana menteri pagi ini.

Mahathir berkata, beliau menulis surat kepada Agong bagi menjelaskan kedudukannya.

Senarai tersebut turut menyenaraikan presiden STAR, Sabah Jeffrey Kitingan dan ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Bagaimanapun Syed Abu Hussin berkata, beliau menyokong Muhyuddin, bukan Mahathir, sementara pemimpin UMNO, Ahmad Maslan mendakwa senarai Mahathir tidak tepat.


Muhyiddin dijangka mengetuai kerajaan gabungan baru yang dikenali sebagai Perikatan Nasional terdiri daripada PPBM, UMNO, PAS dan beberapa ahli Parlimen lain.

GPS Sarawak berkata, ia akan menyokong kerajaan baru tersebut, tetapi bukan merupakan anggota gabungan politik itu.

PH yang terdiri daripada PPBM, DAP, PKR dan Amanah menguasai kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum Mei 2018.

Gabungan itu jatuh minggu lepas selepas PPBM dan 10 ahli Parlimen PKR menarik diri dan Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri. – FMT

Kategori