Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Khairul Hafiz Pecah Rekod...

KUCHING - Raja Pecut Sukma, Khairul Hafiz Jantan membuktikan seleranya belum berkurangan apabila...

Boleh Rayu Semakan Semula...

PUTRAJAYA - Ibu bapa calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ujian Pencapaian...

Hakim Tarik Diri Kes...

KUALA LUMPUR - Seorang hakim Mahkamah Tinggi hari ini menarik diri daripada mendengar...

Berita Baik Berkaitan Telekomunikasi...

PUTRAJAYA : Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bakal mengumumkan berita baik berkaitan telekomunikasi...

Kunjungan Najib, Zahid P.Pinang Pemimpin Prihatin

KOTA BHARU – Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turun padang ke Pulau Pinang melawat mangsa banjir menunjukkan sikap sebenar pemimpin yang prihatin.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata dalam politik tidak boleh ‘bergaduh’ habis-habisan kerana ada masanya mereka yang berlainan fahaman politik ini akan memerlukan pertolongan.

“Keprihatinan perdana menteri dan timbalan perdana menteri jelas menunjukkan sifat seorang pemimpin yang mementingkan rakyat yang dalam kesusahan.

“Bagi saya, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menelefon timbalan perdana menteri untuk meminta bantuan pada pukul 3.30 pagi dan dijawab pula (oleh Ahmad Zahid) menunjukkan sikap pemimpin yang prihatin.

“Jika dilihat dalam keadaan itu yang mana pemimpin sama pemimpin boleh mengetepikan perbezaan fahaman politik demi kesejahteraan rakyat, kenapa penyokong di bawah perlu bermasam muka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Jualan Akhir Tahun di sebuah pasar raya di Kok Lanas di sini, hari ini.


Hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan selama beberapa jam pada Sabtu lepas menyebabkan hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang ditenggelami air dan ada kawasan dinaiki air sehingga satu meter menyebabkan lebih 6,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir.

Bencana banjir di negeri itu sehingga kini telah mengorbankan tujuh nyawa. – BERNAMA

Kategori