• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Pertama 483 Jemaah Haji Berlepas Ke Tanah Suci

oleh
04/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kumpulan pertama 483 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pagi ini dengan penerbangan Malaysia Airlines.

Turut serta dalam penerbangan MH8100 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah yang berlepas pada 5.30 pagi itu ialah 13 petugas media yang akan membuat liputan sepanjang musim haji kali ini.

Majlis pelepasan di Kompleks Tabung Haji KLIA itu disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Operasi haji yang membabitkan 30,200 jemaah akan melibatkan 62 penerbangan dengan yang terakhir dijadual berlepas pada 4 Ogos.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Syed Saleh berkata, antara cabaran yang perlu ditempuh bakal haji ialah cuaca panas yang boleh mencecah 50 darjah Celcius, terutama ketika berwukuf.

Selain itu, katanya, pihaknya turut melakukan beberapa perubahan, antaranya menyediakan pek makanan sedia dimakan atau ‘ready to eat’ bagi kemudahan para jemaah.

Beliau berkata, penyediaan pek makanan itu akan memastikan hanya makanan yang baharu dihidangkan kepada bakal haji selain dapat menjimatkan masa dan mengelak pembaziran.

“Makanan jenis ini hanya perlu dipanaskan dengan air panas sebelum dihidang dan ini tentunya boleh mengurangkan pembaziran kerana ia dimasak berdasarkan permintaan atau bilangan jemaah yang ada pada waktu makan tersebut.

“Untuk projek rintis ini, kita sediakan tidak lebih tiga jenis makanan sahaja seperti nasi beriani dan nasi lemak, dan akan ditambah jika mendapat maklum balas memuaskan daripada para jemaah,” katanya.

Sementara itu, dua petugas media yang ditemui menzahirkan rasa syukur kerana niat dan hajat untuk ke Tanah Suci dimakbulkan.

Penulis Khas New Straits Times (NST), Azura Abas berkata, beliau baru sahaja mengirimkan doa kepada rakan setugas yang menunaikan umrah pada Januari lepas bagi mendoakan agar dibukakan jalan untuknya ke Tanah Suci.

“Sebulan kemudian, saya dihubungi Pengarang yang memaklumkan saya tersenarai sebagai petugas haji dan selepas membuat pemeriksaan perubatan, saya layak untuk bertugas sepanjang musim haji kali ini.

“Sekian lama saya merindui dan teringin untuk kembali menjadi tetamu Allah dan amat bersyukur diberikan peluang yang tidak diduga ini,” katanya yang pernah mengerjakan ibadah umrah pada 2005.

Bagi Pengarang Berita Kanan (Hal Ehwal Semasa dan Digital) Harian Metro, Yusri Abdul Malek pula, pemilihannya merupakan kesinambungan kepercayaan Tabung Haji terhadap syarikat penerbitan itu sebagai rakan media musim haji.

“Sejak 2012, Tabung Haji telah memilih kami sebagai rakan media dan saya bersyukur kerana menjadi wakil ketujuh yang diberi peluang meneruskan kerjasama membuat liputan di Tanah Suci tahun ini,” katanya.

Tags: jemaah hajiMakkahTabung Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Marzuki Nafi Malaysia Akan Tuntut Pulau Batu Puteh Di ICJ

Next Post

Koir UiTM Raih 3 Emas, Muncul Juara Antarabangsa

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

Next Post

Koir UiTM Raih 3 Emas, Muncul Juara Antarabangsa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd