• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis Ekonomi: Berat Rakyat Venezuela Turun 10 Kilo

oleh
13/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CARACAS – Kemelut krisis ekonomi di Venezuela sudah mencapai tahap amat parah sehingga berat tubuh badan kira-kira 75 peratus rakyat negara Amerika Latin itu turun hampir 10 kilogram.

Menurut satu kajian terbaharu, satu pertiga warga Venezuela itu kini hanya makan dua kali sehari atau bahkan kurang sepanjang hari, akibat daripada inflasi lebih 800 peratus yang memicu kurangnya bekalan bahan makanan.

Fakta ini ditemui hasil kajian keadaan hidup penduduk Venezuela yang dilakukan tiga universiti ternama negara itu pada tahun lalu malah mendapati 32.5 peratus atau 9.6 juta orang mengaku makan paling banyak dua kali sehari.

Jumlah ini meningkat drastik berbanding pada 2015 apabila mencatatkan hanya 11.3 peratus warga Venezuela yang makan sebanyak dua kali sehari. Negara sosialis tersebut dianggarkan memiliki kira-kira 32 juta orang penduduk.

Secara umum, 82 peratus isi rumah di Venezuela kini hidup dalam kemiskinan tegar dan 93 peratus penduduknya malah mengaku pendapatan mereka langsung tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan asas kehidupan harian.

Venezuela terjerumus dalam krisis ekonomi pada 2014 ketika harga minyak dunia jatuh sekali gus menjahanamkan ekonomi negara tersebut. Secara kebetulan, Presiden Hugo Chaves pula meninggal dunia setahun sebelumnya.

Sejak itu inflasi meningkat dan kadar tukaran asing mata wang bolivar Venezuela jatuh sehingga tiada nilai. Ironi harga minyak negara itu adalah paling murah di dunia iaitu AS$0.015 (kira-kira RM0.07) ditetapkan sejak 1997!

Baca: Harga Sebiji Hamburger Di Venezuela Kini RM705

Harga Sebiji Hamburger Di Venezuela Kini RM705

Akibatnya, rak jualan kosong di pasar raya menjadi pemandangan biasa. Presiden baharu, Nicolás Maduro gagal mengurus ekonomi dengan baik sehingga negaranya tidak mampu mengimport bahan makanan asas untuk rakyat.

Hasilnya, sebahagian besar warga Venezuela kini hanya mampu menjamah makanan paling murah yang dapat mereka beli di kedai iaitu ubi kentang. Bayangkanlah harga sebiji burger pun 1,700 bolivar (kira-kira RM700).

“Tidak ada perubahan dalam situasi pola kebiasaan tabiat makan rakyat Venezuela sejak 2014,” kata Maritza Landaeta, penyelidik dari Pemantau Kesihatan Venezuela kepada stesen televisyen antarabangsa Fox News.

Pada sebelumnya ujar beliau, warga Venezuela secara umumnya dapat menikmati hidangan sepinggan beras, roti, dan pasta tetapi kini semuanya berubah dramatik jauh lebih teruk daripada zaman penjajahan Sepanyol dahulu.

“Dalam penelitian kajian ini, kami menemui ramai ibu hanya mampu memberikan sebiji pisang dan auyama (semacam buah labu) sebagai makanan harian untuk anak-anak mereka yang lapar setiap hari,” lanjut Maritza.

Krisis ekonomi ini tidak hanya menciptakan rakyat yang lapar tetapi juga memicu krisis ekonomi dan siri tunjuk perasaan menentang Maduro setelah menggantikan mendiang Chavez sejak 2013. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bolivarVenezuela
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

04/01/2026
0

PALM BEACH: Presiden Donald Trump akan membenarkan syarikat minyak Amerika Syarikat (AS) memasuki Venezuela bagi meneroka rizab minyak mentah yang...

Dulu Dibunuh…Atau Digulingkan…Kini Dah Ada Penculikan Kalau Tidak Tunduk Kepada AS

Dulu Dibunuh…Atau Digulingkan…Kini Dah Ada Penculikan Kalau Tidak Tunduk Kepada AS

04/01/2026
0

KUALA LUMPUR  _ Tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, serta isterinya Cilia Flores,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd