• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPN Akan Panggil Bekas Pegawai Md Ali Amir Batcha

oleh
15/05/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas pegawai polis, Md Ali Amir Batcha yang didakwa merompak ketika bertugas 20 tahun lalu akan dipanggil bagi mendapatkan penjelasannya mengenai perkara tersebut.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, beliau mengambil sikap terbuka dan akan mendengar penjelasan mengenai perkara tersebut walaupun kes tersebut telah lama berlaku.

Menurutnya, beliau akan memberi perhatian dengan isu tersebut.

“Saya akan panggil beliau (Md Ali). Mungkin ada perkara baharu yang beliau mahu bangkitkan. Ini juga kerana penampilan beliau jelas menunjukkan bahawa dia yakin tidak bersalah.

“Bagaimanapun, apa yang ada dalam rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), saya yakin dengan proses yang telah dijalankan dan keadilan telah dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara, di Bukit Aman, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Md Ali, 65, yang pernah bertugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Jenayah Berat (D9) menuntut kerajaan Pakatan Harapan menubuhkan sebuah tribunal khas bagi menyiasat semula tuduhan palsu berkaitan rompakan membabitkan dirinya pada tahun 90-an.

Md Ali mendakwa menjadi mangsa kepada satu konspirasi dan kini mahu buktikan dia tidak pernah terlibat dalam rompakan tersebut.

Disember tahun lalu, Md Ali menuntut keadilan dan sedia dibicarakan semula di mahkamah selepas ditahan tanpa bicara di bawah Ordinan Darurat (EO) pada 1997.

Md Ali mendakwa, beliau menjadi mangsa konspirasi apabila dikenakan pertuduhan palsu menggunakan ‘saksi hantu’ oleh Unit Siasatan Dalaman berhubung salah laku rasuah di agensi itu.

Md Ali mendakwa, kejayaannya melumpuhkan kegiatan kongsi gelap di Johor sejak 1995 menjadi perangkap kepada dirinya kerana dipercayai jenayah terancang itu dilindungi oleh anggota polis berjawatan tinggi di negeri itu. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hamid Badormd ali amir batchaPDRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PDRM, Jabatan Agama Bekerjasama Kekang Syiah

Next Post

Bersih Cadang Menteri Mohon Cuti Jika Mahu Berkempen

Related Posts

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

23/06/2025
0

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik sepanjang 38...

Next Post

Bersih Cadang Menteri Mohon Cuti Jika Mahu Berkempen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd