Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Darurat Tak Disambung, 6...

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung...

Starbucks Masuki Pasaran Mencabar...

STARBUCKS yang sudah menguasai pasaran rangkaian kedai kopi di seluruh dunia kini tiba...

Ucapan ‘Merry Christmas’ Diharuskan...

PELBAGAI pandangan daripada ulama dan pihak-pihak tertentu yang menyatakan bahawa ucapan Selamat Hari...

Masalah Sekolah Terjejas Banjir...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan berusaha sedaya upaya memastikan segala kekurangan dan masalah dihadapi...

Kolumnis Portal Pro-PH Akui Gay Memang Anti-BN

KANTOI… Selama ini kelompok pengamal Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) sering aktif menyertai perhimpunan haram propembangkang selain mengutuk keras Barisan Nasional (BN).

Golongan biadab amalan terkutuk kaum Sodom zaman Nabi Luth AS itu itu kerap anjur pelbagai aktiviti songsang sebagai protes kepada kerajaan BN diterajui UMNO yang tegar pertahan syiar Islam sebagai agama Persekutuan.

Terbaharu, kolumnis portal The Malaysian Insight (TMI), Hafidz Baharom mengisytiharkan di hadapan hadirin Forum “Undi Rosak: Apa kau nak sebenarnya?” di ibu kota baru-baru ini bahawa beliau tidak akan menyokong BN.

Beliau namun pada masa sama mengakui dirinya merupakan seorang gay. Menurut portal Menara.my, pemuda Melayu Islam itu terdesak membuat pengakuan eksklusif mengenai kecenderungan nafsu seks songsang sejenis.

Hafidz mendakwa beliau mengumumkan perkara itu kerana tidak tahan dituduh oleh para penyokong Pakatan Harapan konon sebagai pemakan dedak BN supaya menghasut golongan anak muda untuk membuat undi rosak.

Berang dengan pelbagai cercaan dan tuduhan seperti “bodoh”, “otak rosak”, “dibayar BN”, “makan dedak” dan sebagainya, beliau menyeru mereka yang menghinanya itu untuk cuba menyelusuri sejarah hidupnya sendiri.

Ini kerana Hafidz selama ini banyak berkorban demi pembangkang seawal usia remaja lagi. Beliau sanggup berjaga malam di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2013 lalu bagi menguruskan akaun sosial Twitter parti itu.

Malahan Hafidz dilaporkab pernah menjadi budak penyebar risalah KeADILan milik organ pembangkang seawal usia 16 tahun pada 1999 sebelum parti itu dijenamakan kepada PKR hasil gabungan dengan Parti Rakyat Malaysia.

Baca: Kantoi PH Sendiri Boikot PRU Protes Mahathir Jadi PM

Juga: Siti Kasim Jadi Peguam Program Ratu Cantik Mak Nyah

Kolumnis TMI itu juga mendedahkan mengenai ugutan bunuh diterima ibu dan bapanya, yang beliau percaya ada kaitan dengan kempen #UndiRosak yang sedang dipromosikan aktivis PH penyokong kempen tersebut sendiri.

Beliau berkata, “Untuk saya, ia amat memualkan buat perkara sedemikian kerana #UndiRosak bukan satu gerakan tetapi kempen dimulakan beberapa individu secara rawak dengan pemikiran sama berkaitan iklim politik semasa.”


Hafidz mendapat kritikan hebat termasuklah dihujani ejekan hashtag #ForumRosak dan #AudioRosak bertalu-talu daripada netizen kerana bunyi tayangan siaran langsung program itu dimatikan apabila tiba gilirannya berucap.

Menara.my difahamkan moderator forum, Syahredzan Johan secara tiba-tiba meminta jurukamera mematikan audio siaran langsung dan menghalakan kamera ke arah lain supaya tidak terakam suara dan wajah Hafidz pula.

Arahan untuk mematikan siaran itu konon adalah daripada Hafidz sendiri, “Saya tidak perlu mengatakan kenapa saya mahu sesi saya dimatikan dan orang boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu… Ini negara bebas kamu tahu.”

Bagaimanapun, di tengah-tengah ucapannya beliau memberi alasan yang agak aneh mengapa beliau mahu rakaman siaran langsung dimatikan di samping menjawab tohmahan liar bahawa beliau konon sedang membantu pihak BN.

“Sekarang sebab saya tidak mahu kamera, atau telefon, atau akaun Twitter adalah kerana saya langsung tidak akan menyokong BN kerana saya sendiri adalah gay,” dalih Hafidz menjelaskan rasional insiden pelik berkenaan.

Sebelum ini, Hafidz pernah biadab mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dihapuskan dan mahu ‘wang rakyat’ diperuntukkan kepada agensi yang menjaga hal ehwal Islam tersebut dibelanjakan ke arah lain pula.

Kempen #UndiRosak dilancarkan pada 7 Januari lalu sebagai bantahan keras penyokong pembangkang susulan pengumuman PH melantik Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori