Koleksi Surat Cinta Napoleon Dilelong Lebih €500,000

PARIS – Sebanyak tiga pucuk surat cinta daripada pemimpin Perancis, Napoleon Bonaparte kepada isteri, Josephine yang ditulis antara tahun 1796 hingga 1804 dijual pada harga €513,000 (RM2.35 juta), menurut rumah lelongan Drouot kelmarin.

Acara lelongan bertemakan barangan sejarah itu oleh firma lelongan Perancis, Ader dan Aguttes turut menyaksikan seunit mesin penyulitan mekanikal Enigma yang pernah digunakan tentera Nazi Jerman ketika Perang Dunia Kedua dijual pada harga €48,100 (RM220,700).

Barangan tersebut adalah sebahagian daripada jualan besar-besaran koleksi negara Perancis yang dikumpulkan oleh firma pelaburan yang muflis, Aristophil.

Firma itu ditutup di te­ngah-tengah satu skandal empat tahun lalu, sekali gus melesapkan wang pelabur sebanyak €850 juta (RM3.9 bilion).

Terdapat sebanyak 14 acara lelongan dilakukan pada tahun lalu yang me­nyaksikan perolehan €26.4 juta (RM121 juta). – Agensi

Loading...