• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KL2017: Malaysia Cemas Sebelum Benam Singapura

oleh AK-47
17/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Malaysia menjadikan Singapura sebagai mangsa kedua mereka dalam acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila membenam pasukan jiran itu 2-1 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut diraih skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee selepas menundukkan Brunei dengan jaringan sama, Isnin lalu.

Bagaimanapun, ujian berbeza terpaksa dihadapi skuad negara pada perlawanan itu apabila terpaksa bertungkus lumus untuk bangkit daripada ketinggalan sebelum meraih tiga mata berharga.

Malaysia hanya berjaya melakukan percubaan tepat menerusi sepakan percuma Adam Nor Azlin pada minit ke-28, namun berjaya ditangkap kemas penjaga gol, Zhafran Rohaizad.

Sembilan minit kemudian, pintu gol Malaysia yang dikawal Haziq Nadzli bocor menerusi rembatan cantik Amiruldin Muhammad Nodin yang terkena tiang sebelum menerjah ke gawang.

Jaringan itu jelas menaikkan semangat pemain Singapura dan mereka hampir menambah jaringan pada minit ke-41, tetapi Malaysia bernasib baik apabila sepakan percuma Hami Syahin Said sekadar singgah di tiang gol.

Malaysia juga mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada masa tambahan babak pertama, bagaimanapun sepakan percuma Safawi Rasid dinafikan palang ketika Zhafran sudah tertewas.

Tindakan Kim Swee membawa masuk Nor Azam Abdul Azih pada babak kedua nyata berbaloi apabila pemain Pahang itu meledak gol penyamaan Malaysia pada minit ke-68 selepas rembatan derasnya dari luar kotak penalti menewaskan Zhafran.

Jaringan itu dilihat menjadi titik kebangkitan Malaysia dan skuad muda negara akhirnya berada di depan menerusi jaringan pemain gantian, N Thanabalan pada minit ke-74.

Singapura juga cuba bangkit memburu gol penyamaan pada penghujung babak pertama namun benteng Malaysia kebal bertahan hingga wisel penamat. – BH Online

Tags: Skuad KebangsaanSukan SEA KL 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pearly-Ee Wei Raih Gelaran Antarabangsa

05/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu wanita junior kebangsaan, Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei meraih gelaran antarabangsa musim ini dengan...

Cheng Hoe Bebas Pilih Pemain B-22

11/12/2017
0

MELAKA - Pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe diberi kebebasan untuk memilih mana-mana pemain dalam barisan skuad bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd