Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Projek MyTransit Fasa Pertama...

PUTRAJAYA - Pembangunan fasa pertama Perumahan Transit Belia (MyTransit) akan dimulakan Februari ini,...

Usul Undi Tidak Percaya...

PUTRAJAYA - Sebarang usul undi tidak percaya tidak wajar dibuat secara "serang hendap",...

13 Peratus Kematian Di...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 13.02 peratus daripada rekod kematian di hospital kerajaan dan...

PBM Tanding Dua DUN

KUALA LUMPUR: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan meletakkan calonn di dua kerusi Dewan...

Kisah Suraqah Dan Janji Rasulullah SAW

SURAQAH bin Malik terkenal sebagai penunggang kuda yang sangat cekap.

Ketika pembesar kaum musyrikin Makkah menawarkan 100 ekor unta betina dengan syarat membawa Muhammad SAW samada hidup atau mati di hadapan pembesar mereka, Suraqah pun pantas mengapai pedang, panah dan kudanya tanpa diketahui oleh orang lain meluru menuju di mana Rasullullah SAW berada.

Suraqah juga antara yang mahir menjejak seseorang di padang pasir dikenali sebagai penjejak yang hebat.

Suraqah berhasil mengejar Rasulullah SAW yang dalam perjalanan ke Madinah bersama Abu bakar Ash Shiddiq.

Setelah gagal mengepung rumah Nabi SAW lalu mengejarnya hingga ke Gua Tsur dan nyaris menemukan Rasullullah SAW yang sedang bersembunyi di gua tersebut bersama Abu Bakar Ash Shiddiq dan penunjuk jalannya Abdullah Bin Uraiqith.

“Wahai Rasulullah, ini seorang penunggang kuda berhasil mengejar kita.”

Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menoleh kepadanya dan berdo’a

“YA ALLAH SELAMATKAN KAMI DARIPADANYA SEPERTI MANA YANG KAU MAHU.”

Suraqah pun meluru ke arah mereka namun 3 kali percubaannya gagal kerana kaki kudanya terperosok menyebabkan dia terjatuh daripada kudanya.

Rasulullah SAW datang ke arahnya lalu memberikan pertolongan kepada Suraqah menyebabkan dia merasa teruja dengan sifat Nabi SAW ketika itu sedangkan Nabi SAW tahu kedatangan Suraqah adalah bertujuan untuk menangkap atau membunuhnya.

Melihat situasi itu maka berkata Suraqah:

“Ya Muhammad aku pasti agama engkau akan menang. Berjanjilah kepada ku, jika suatu hari nanti aku datang ke kerajaan engkau, maka engkau bermurah hati kepada aku, tuliskanlah itu untukku,” pinta Suraqah.

Rasulullah SAW mengarahkan Abdullah Bin Uraiqith menulis sesuatu mengenainya di atas sepotong kulit dan diberikan kepada Suraqah lalu Rasulullah SAW menawarkan sesuatu kepada Suraqah.

“Bagaimana wahai Suraqah, jika pada suatu waktu nanti engkau mengenakan mahkota kebesaran Kisra bin Hurmuz,” jawab Rasulullah SAW menyakinkan.


Satu tawaran yang sukar untuk dipercayai dan menambahkan kebingungan Suraqah.

Kemudian Suraqah kembali dan memberitahu sekumpulan orang yang sedang mencari Nabi SAW bahawa baginda tidak ditemui di jalan-jalan yang dilaluinya.

Memandangkan itu kata daripada seorang yang mahir menjejak, maka sudah semestinya mereka mempercayai kata-kata itu.

Hampir 10 tahun selepas itu ,Suraqah bertemu Rasullullah SAW setelah Madinah di bawah pemerintahan baginda untuk menyatakan keislamannya di hadapan baginda.

Semenjak itu, Suraqah menjadi pendukung setia gerakan dakwah walaupun hanya berkesempatan bersama dengan baginda selama 9 bulan.

Suraqah sentiasa berada di barisan hadapan dalam menyebarkan Islam.

Sehinggalah di zaman pemerintahan Saidina Umar bin Khattab, kerajaan Parsi telah tewas dan ditakluk oleh kerajaan pimpinan Khalifah kedua itu.

Longgokan harta rampasan perang terlalu banyak melimpah ruah, di saat itu juga Khalifah Umar menemui mahkota dan gelang kebesaran Kisra bin Hurmuz lalu memanggil Suraqah untuk mengenakan pakaian kebesaran Kisra itu di tubuhnya lengkap dengan seluar dan kasut.

Kemudian Saidina Umar RA menyisipkan pedang dengan tali pinggang kebesaran Kisra.

Mahkota diletakkan di kepala Suraqah yang memakainya dengan gelang kebesaran di kedua-dua tangannya sambil diiringi laungan takbir.

Ketika itu, Suraqah terdiam mengenang kebenaran ucapan dan janji Rasulullah SAW belasan tahun yang lalu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori