Kisah Mahathir ‘Gadai’ Johor Kepada Singapura

SELAIN kes tanah Felda di ibu negara konon cuba digadai yang akhirnya terbukti si pemaju itu ada kaitan tokoh Pakatan Harapan (PH) sendiri, kini alih pula kepada isu Tun Razak Exchange (TRX).

Ini termasuk membuat tohmahan jahat konon status tanah dalam lingkungan TRX itu sudah tergadai kepada negara asing, walhal dakwaan ini tidak benar kerana dibangunkan atas tanah milik penuh negara Malaysia yang berdaulat.

Hanya kerana banyak syarikat luar negara melabur di atas tanah seluas 70 ekar tersebut tidak bermaksud ia sudah pun menjadi milik asing. Jangan samakan kes itu dengan tanah yang telah digadai oleh Tun Mahathir Mohamad.

Beliau pada 24 November 1990 pernah memeterai perjanjian untuk membenarkan Singapura bebas mengambil alih tanah di Johor seluas 54,000 ekar (216 kilometer persegi) bagi membina empangan di Sungai Linggiu, Kota Tinggi.

Ia didedahkan secara eksklusif oleh penganalisis politik tempatan Lim Sian See baru-baru ini, sekali gus terbongkar cerita rahsia kenapa Sultan Johor dahulu, almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail amat murka terhadap Mahathir.

Dalam pendedahan itu, Singapura hanya perlu bayar RM320 juta sebagai kos pampasan kerugian kekal penggunaan tanah oleh Johor, premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan serendah RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi.

Di bawah perjanjian pelik tapi benar ini, republik itu turut dibenarkan untuk ambil air mentah tanpa had dari sungai berkenaan yang merupakan anak Sungai Johor mengalir dari Gunung Gemuruh ke Selat Johor sejauh 123 kilometer.

Jika buat perbandingan antara 54,000 ekar diserah Mahathir kepada Singapura, dengan Menara Exchange setinggi 106 tingkat di TRX dibina hasil pelaburan anak syarikat Mulia Group dari Indonesia, ia jauh besar sangat bezanya.

Tanah 54,000 ekar itu sudah digadai jadi hak milik kekal sebuah kerajaan asing, padahal pemilikan tanah di TRX berkenaan iaitu tempat menara ikonik tersebut, langsung tidak pernah berubah, ia masih sah kepunyaan Malaysia.

Maka tuduhan fitnah jahat PH dan para penyokong mereka konon tanah di TRX sudah dimiliki pihak asing itu sebenarnya hanyalah bersifat politik semata-mata, sama seperti kes jual tanah Felda di Jalan Semarak baru-baru ini.

Baca: Rakyat Kini Sudah Tidak Lagi Rindu Zaman Mahathir

Dan: Surat Buat 3 PM Israel Bukti Mahathir Bukan Anti-Yahudi

Serta: Sultan Johor Sindir Mahathir Usah Lagi Keliru Rakyat

Malah: Brunei Nafi Sultan Hassanal Bolkiah Sokong Mahathir

Jika kita semua masih ingat, pada peringkat awal dahulu blok pakatan itu juga menuduh tanah TRX gagal mendapat sambutan pelabur asing dan pembangunan yang dijalankan di atas tanah tersebut hanyalah khayalan semata-mata.

Sekarang apabila terbukti pembangunan tanah itu bukanlah fantasi tetapi memang benar-benar berlaku termasuk pembinaan bangunan mengatasi ketinggian menara berkembar kebanggaan si Mahathir, pihak PH mula panik!

PH terpaksa ubah ‘tiang pintu gol mereka’ agar gawang tidak dibolos. Jelaslah, semua dakwaan jahat PH kononnya BN gadai tanah kepada pihak asing seperti yang didakwa berlaku di TRX, hanya untuk alih perhatian rakyat.

Generasi muda hari ini khususnya yang lahir selepas tahun 1990 tentu tidak pernah tahu mengenai tindakan licik Mahathir, 92, selamba sahaja menggadai beribu-ribu ekar tanah Johor kepada Singapura hampir tiga dekad dahulu.

Pakatan itu namun tahu lambat-laun cerita ini akan terdedah jua dan mereka buat apa dikenali sebagai teknik pre-emptive strike dengan pelbagai dakwaan tidak berasas seperti ini untuk cipta persepsi salah dalam kalangan rakyat.

Ia demi melindungi imej Mahathir yang pernah pihak PH sendiri hina dengan gelaran Diktator Maha Firaun. Tidak hairan kenapa bukan sahaja tanah di TRX, malah Forest City Johor pun turut menjadi sasaran mangsa tohmahan.

Maklumlah ‘bangkai’ hendak ditutup ini bukan kecil, tetapi 54,000 ekar luas bersamaan 16 kali saiz Forest City, 88 kali ganda Melaka Gateway dan 7 kali Taman Industri Malaysia-China di Kuantan yang kesemuanya milik Malaysia.

Apatah lagi penggadaian tanah ini turut melibatkan ‘orang kanan’ Mahathir sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Besar Johor sehingga diarahkan Sultan Iskandar berundur ‘pindah’ ke kerusi Parlimen Pagoh.

Presiden PPBM itu ironi sebelum ini dengan bangga pernah dakwa, sepanjang beliau menjadi ketua kerajaan negeri tersebut hampir sedekad lamanya, kononnya tidak ada seinci pun tanah di Johor yang digadai kepada pihak asing.

Benarlah apa yang Muhyiddin cakap itu, bukan seinci cuma 54,000 ekar! Memang patutlah beliau tidak dinamakan Mahathir sebagai calon perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

* Video bertajuk ‘Kami Rindu Zaman Tun’ ini sekadar hiasan…

Loading...