• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Cinta Nabila Razali, Aedy Ashraf Hanya ‘Drama’

oleh
30/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIDEO luahan kecewa penyanyi, Nabila Razali telah menggemparkan dunia hiburan tanah air baru-baru ini.

Habis kecoh satu Malaysia kononnya video berkenaan ditujukan kepada pelakon kacak, Aedy Ashraf ekoran ia dimuat naik selepas figura tersebut berkongsi gambar mesra bersama seorang gadis misteri di Insta storynya.

BACA : Muat Naik Video Kecewa, Nabila Tuju Untuk Aedy?

Wah…bukan main lagi siap berepisod-episod macam telemovie! Sana sini kutuk duk mengutuk pasangan ini. Tup..tup..rupa-rupanya itu semua ‘propa’ sahaja.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali berkata, kisah cinta antara dirinya dengan Aedy yang menjadi tular baru-baru ini hanyalah rekaan semata-mata.

BACA : “Sekadar Kongsi Dengan Peminat, Bukan Aedy”

BACA : Aedy Ashraf Akui Tidak Selesa Kongsi Hal Peribadi

Jelasnya, perkara berkenaan sengaja direka bagi mempromosi video muzik terbarunya berjudul Pematah Hati yang turut menampilkan figura tersebut sebagai model klip berkenaan.

Oleh itu, Nabila meminta agar para peminat tidak terpedaya dengan ‘drama’ berkenaan kerana hubungan antara mereka hanya rapat sebagai rakan artis.

“Sebenarnya dalam masa tiga minggu saya digosipkan bercinta dengan Aedy membuatkan saya tertekan selepas menerima pelbagai kecaman peminat yang tidak setuju hubungan berkenaan.

“Peminat-peminat Aedy marah dan patah hati apabila melihat foto mesra kami serta menyangka kami benar-benar bercinta.

“Dalam tempoh itu ramai yang hantar mesej saya secara peribadi meluahkan rasa kecewa dan berkata saya tidak layak untuk dia,” ujarnya memetik mStar Online.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 25 tahun ini memberitahu dia tidak bermaksud untuk mempermainkan perasaan peminat sebaliknya hanya ingin mereka menjiwai lagu tersebut dengan cara yang betul.

Menurutnya lagi, dia sendiri tidak menyangka ‘drama’ tersebut akan menjadi viral tetapi penyanyi ini hanya mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang positif.

“Itu semua sebahagian daripada proses pembikinan muzik video ini. Saya tak menyangka akan tular jadi kita teruskan sahaja ‘drama’ tersebut. Lagipun, peminat lebih faham video muzik ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, Nabila mengakui berasa lega selepas dapat menjelaskan situasi sebenar mengenai spekulasi hubungannya dengan Aedy iaitu sekadar mempromosi muzik berkenaan.

BACA : Nabila Razali, Aedy Ashraf Kini Hangat Dilamun Cinta?

“Kepada peminat jangan kecewa. Aedy sangat profesional dan saya sangat senang bekerja dengan dia. Saya anggap itu semua satu publisiti yang baik untuk kerjaya saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi kelahiran ibu kota ini sempat berkongsi mengenai perjalanan pembikinan muzik video berkenaan.

Menurut Nabila, muzik video berkenaan mendapat sentuhan daripada dua orang pemuda berasal daripada Romania yang menggelarkan diri mereka sebagai Storyteller dan disiapkan hanya dalam masa dua minggu sahaja.

“Perjalanan muzik video ini juga menarik apabila kami bertemu dengan dua backpackers dari Romania tersebut yang bersetuju untuk bekerjasama dalam penghasilan muzik video ini.

“Semua idea dalam muzik video adalah daripada mereka sendiri dan ia siap sepenuhnya hanya dalam tempoh hanya dua minggu,” ujarnya.

Haaa…Kutuk punya kutuk, kejap lagi rupanya hanya gimik semata-mata. Alahaiii…Apapun tahniah diucapkan buat Nabila di atas pelancaran muzik video berkenaan. Semoga terus sukses okay! – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: aedy ashraffnabila razali
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nabila Razali Tutup Komen Gambar Perah Susu Lembu

19/03/2019
0

PENYANYI, Nabila Razali, mengakui menutup ruangan komen akaun Instagramnya, baru-baru ini. Menurutnya, komen pada gambar dia sedang sedang perah susu...

Nabila Razali Akui Sedih Impian Ke AJL Musnah

27/10/2018
0

PENYANYI Nabila Razali tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya apabila lagu nyanyian dia berjudul Pematah Hati gagal tersenarai ke peringkat separuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd