• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kipas B***** Dapat Apa?” – Jihan Sindir Fattah Amin?

oleh
14/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MASIH belum habis lagi nampaknya netizen kecoh bercakap mengenai isu pelakon, Fattah Amin yang gagal muncul dalam program bual bicara hiburan Meletop, baru-baru ini.

Perkara tersebut bukan sahaja terus menjadi buah mulut dalam kalangan netizen tempatan malah turut mencuri perhatian ramai selebriti tanah air.

Semalam menerusi laman Twitter, pengacara popular, Jihan Muse telah memuat naik satu status berbaur sinis yang dilihat seperti sedang memerli seseorang.

Menerusi posting ‘pedas’ berkenaan, Jihan dilihat mempersoal tindakan para peminat yang menyokong sikap tidak bertanggungjawab selebriti tersebut sehingga menyusahkan pihak lain.

“Aku ni sarat-sarat pun pergi jugak kerja sebab fikirkan tanggungjawab. Hero yang tak bertanggungjawab tu jugak yang korang simpan dalam industri.

“Sebab dia pulak kerja kita disekat-sekat? Apalah makin kronik sangat dunia sekarang ni. Kipas bontot dapat apa? Aduhai saleha,” tulis Jihan menerusi posting berkenaan.

Walaupun Jihan tidak menyebut nama ‘hero’ yang dimaksudkan, namun netizen seolah-olah sudah dapat mengagak siapakah gerangan individu yang disindir oleh pengacara itu.

Rata-rata antara mereka mengandaikan individu tersebut adalah hero drama bersiri Coffee Prince, Fattah.

Sementara itu memetik sumber, perkara berkenaan masih belum dapat dipastikan kesahihannya tetapi yang pastinya luahan itu bukanlah suatu kebetulan.

Bagaimanapun, hasil tinjauan kami melalui laman Twitter milik Jihan mendapati status berkenaan telah dipadam. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Fattah Aminjihan muse
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd