Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Terus Suarakan Isu...

BEIJING — Malaysia akan terus menyuarakan isu penindasan etnik Rohingya di Myanmar dan...

Mahkamah Tolak Rayuan Rosmah,...

Keputusan kes rasuah Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan tetap disampaikan...

Berhenti Mengarut BAM: Jangan...

KESOMBONGAN tahap bodoh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terserlah. Memang bodoh terlampau apabila mempertahankan...

Astro Sedang Teliti Notis...

STESEN TV berbayar, Astro mengesahkan pihaknya ada menerima notis daripada waris pelakon Allahyarham...

Kim Miso, Selebgram Hijab Korea-Muslim Yang Cantik!

TIDAK dapat dinafikan saat ini laman sosial semakin dipenuhi dan dibanjiri dengan gadis berwajah cantik yang membuatkan ramai netizen khasnya lelaki terpana seketika!

Tidak terkecuali, selebgram hijab Korea Muslim bernama Kim Miso ini yang gambar-gambarnya menjadi tular di Internet gara-gara memiliki rupa paras yang cantik persis bintang K-Pop.

Miso atau nama sebenarnya, Harakat Ibtisam menjadi bualan hangat netizen apabila dia sering kali memberi tips-tips mengenai kecantikan dan cara berhijab di Instagram miliknya, @kimmiso1194.

Melihatkan wajahnya yang mulus comel, pasti ramai yang menganggap Miso merupakan seorang gadis yang berasal dari negara sonata musim salju itu kan?

Ternyata tanggapan itu salah sama sekali kerana Miso sebenarnya seorang gadis Maghribi, sebuah negara Islam di barat Afrika yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa nasional!

Memetik sumber, Miso yang merupakan salah seorang penuntut di Seoul National University mempunyai impian untuk berkunjung ke ndonesia suatu hari nanti.

“Saya ingin mengunjungi Indonesia dan begitu minat mempelajari bahasa Indonesia.


“Indonesia adalah negara Islam dan saya ingin mengunjunginya. Saya juga ingin bekerja di sana jika Allah izinkan,” katanya dipetik portal kumparan.com.

Justeru tidak hairanlah, sejak kebelakangan ini Miso dilihat sering menggunakan hashtag #hijabindonesia pada setiap entri menerusi laman Instagram.

Bukan itu sahaja, malah Miso sering bertegur sapa dengan para pengikutnya di laman berkenaan dengan menggunakan kosakata bahasa Indonesia seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Sore’, ‘Kamu baik’, dan sebagainya.

Sehingga kini, nampaknya gadis ini dilihat terus mendapat perhatian ramai di media sosial dan mempunyai lebih 200,000 pengikut menerusi akaun Instagram miliknya. – MYNEWSHUB.CC/AM

한국에 환영합니다~~ welcome to korea حياكم الله لكوريا الجنوبية 🇰🇷❤️ فيديو اعلان عن سياحة في كوريا من @/kto_dubai. كيم ميسو في القصر التقليدي الكوري “تشانغ-دوك-كونغ” مع تشيريم @cherry.ming جربوا أن تلبسون “هانبوك” اللباس الكوري التقليدي المفضل عندي و إنسادونغ أيضا واحدة من الأماكن الجميلة في سيول، حيث يوجد الأسواق التقليدية الكورية هناك . Welcome to Korea! 🇰🇷 The 8th promotion video from @/kto_dubai !! Changdeokgung palace and Insadong~! With @cherry.ming Let’s wear Hanbok, the Korean traditional dress and walk around Seoul~😆 . 창덕궁과 인사동 크하하핫 한복 최고 #무슬림여자 #islam# #무슬림아 #dont_dream_for_it_but_work_for_it #alhamdulillah #kimmiso #كيم_ميسو #ابتسام #한국 #모로코 #서울 #여자 #남자 #행복 #인스타그램 #메이크업 #봄 #메이크업 #일박이일 #가수 #개그맨 #Indonesia #재밌다그램 #안녕 #미소 #hijabmodel #hijab #hijabi #hijabfashion #hijabindonesia

A post shared by 김미소♥잎티삼 ابتسام حركات (@kimmiso1194) on

Kategori