• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kiera Tarik Balik Kenyataan Isu Keluar Clever Girl

oleh
24/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSULAN kontroversi berita penarikan diri peserta Clever Girl, Noor Syakirah Mohd Azam (Kiera), gadis itu telah mengeluarkan kenyataan balas mengenai isu panas yang kian tular di media sosial.

Petang tadi, graduan Universiti Oxford dan wakil dari Pulau Pinang itu telah memuat naik satu posting gambar menerusi akaun Instagram rasmi peserta Clever Girl, @kiera.clevergirlmy yang menjelaskan isu sensasi tersebut.

Kiera malahan telah mengesahkan bahawa dia sendiri telah memadam posting mengenai sebab utama penarikan dirinya di dalam rancangan realiti ini melalui akaun Instagram rasmi miliknya sendiri iaitu @kieracatkingdom.

Selain itu, dia juga menarik semula kenyataannya atas alasan sudah ada perjanjian dengan pihak produksi TV3 agar tidak memberi sebarang komen terhadap keputusan penarikan diri dalam program Clever Girl Musim Ke-2 itu.

Isu ini panas apabila Kiera didakwa meluahkan cerita konon pihak produksi ‘berat sebelah’ namun ada netizen menyifatkan dia sendiri sengaja menarik diri ekoran pernah gagal untuk menjawab soalan yang telah diberikan.

Bagaimanapun gadis berusia 27 tahun ini berterima kasih kepada semua penyokong dan mengatakan bahawa apa yang terjadi ini telah memberikan inspirasi kepada ramai pelajar untuk terus bersemangat dalam apa jua bidang.

Mungkin selepas ini pihak TV3 sendiri akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kontroversi ini. Kalau hanya sebelah pihak bersuara, kita sendiri tidak tahu siapakah yang betul dan siapa pula salah kan! – MYNEWSHUB.CC

Tags: clever girl 2017
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelancong Korea Selatan Hilang Di Berjaya Hill Resort

Next Post

Bas Percuma Langgar Jentolak Cuba Elak Motosikal

Related Posts

Sara Tak Layak Menang, Kaktus Ialah Haiwan?

15/10/2017
0

BERAKHIRLAH sudah rancangan realiti tv, Clever Girl yang penuh kontroversi sejak disiarkan bermula 4 Ogos lalu diakhiri dengan kemenangan Sara...

Kena Dakwa Jawab ‘Soalan Bocor’, Ini Respon Shazana…

10/10/2017
0

BARU sahaja reda mengenai isu penarikan diri salah seorang peserta Clever Girl Malaysia, Noor Syakirah Mohd. Azam (Kiera), sekali lagi...

Next Post

Bas Percuma Langgar Jentolak Cuba Elak Motosikal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd