• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pembangkang Cadang Bubar DUN Johor

oleh
10/04/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad akan mohon mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi mempersembahkan cadangan untuk membubarkan Dewan Negeri Johor.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang negeri berkata, cadangan itu bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan, malah disifatkan sebagai langkah terbaik untuk Johor kerana tiada calon difikirkan layak menjadi Menteri Besar daripada PH.

Menurutnya, Johor memerlukan seorang menteri besar yang berpengalaman dan mampu mentadbir negeri ini, jika mahu terus bergerak ke hadapan sekali gus mencapai usaha menjadi kuasa ekonomi baharu negara.

“Saya akan menulis surat kepada Sultan Johor dan akan mohon mengadap baginda bagi mencadangkan supaya DUN dibubarkan. Saya akan tunggu baginda tuanku pulang ke negeri ini dalam masa terdekat.

“Langkah itu juga saya fikir akan membolehkan rakyat membuat pilihan yang tepat dan tidak lagi memilih barisan pemimpin kerana mahu mencuba-cuba, kita mahu lihat Johor terus maju ke hadapan,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, Hasni menzahirkan ucapan terima kasih kepada ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian kerana mengambil tindakan bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor.

ADUN Benut itu berkata, Osman sepatutnya digantikan lebih awal lagi susulan beberapa tindakan yang tidak disenangi rakyat sehingga menyebabkan menerima kritikan selain banyak lagi isu yang dihadapi semasa memimpin Johor.

Beliau memberitahu, bukan mudah untuk mentadbir Johor yang memerlukan seseorang yang mempunyai visi yang jelas mahu memajukan negeri dan rakyat.

“Jadi, tindakan Osman melepaskan jawatan itu harus kita hormati dan negeri ini perlu mencari individu yang mampu menggalas tugas berat itu,” katanya. – Sinar Harian

Tags: DUN Johormenteri Besar Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Ini Janggut Rajinikanth Bukan Taliban” – KJ

Next Post

Sultan Johor Mahu Semua Pihak Henti Buat Bising

Related Posts

Belanjawan Johor 2023 RM1.731 Bilion Dilulus

Belanjawan Johor 2023 RM1.731 Bilion Dilulus

11/12/2022
0

ISKANDAR PUTERI – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini meluluskan Belanjawan Johor 2023 berjumlah RM1.731 bilion. Ikuti Mynewshub: Telegram Speaker...

DUN Johor Perhalusi Enakmen Anti Lompat Parti

21/04/2022
0

JOHOR BAHRU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan memberi perhatian dan memperhalusi Enakmen Anti Lompat Parti. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Menteri...

Next Post

Sultan Johor Mahu Semua Pihak Henti Buat Bising

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd