Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Dikecam Geledah Rumah...

"INI sesuatu yang tidak wajar, kenapa tidak menggeledah lebih awal? Beliau (Najib) juga...

Pemandu Lori Ayam Maut...

TAIPING - Seorang maut, manakala dua cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di...

Kilang SUV Lotus Di...

BEIJING - Kilang pembuatan bagi Proton Holdings Bhd mengeluarkan kenderaan utiliti sukan (SUV)...

Trending Media Sosial Tak...

DRAMA Nur kini semakin digemari oleh peminat drama Melayu ketika ini tetapi kecenderungan...

Kesaksamaan Penulisan Berita Sumbang Perpaduan

KUALA LUMPUR – Penulisan berita di negara berbilang kaum tanpa menjejaskan perpaduan masyarakat haruslah berasaskan kepercayaan, kesaksamaan dan ketepatan dalam laporan, kata Editor Eksekutif Special Broadcasting Service (SBS) World News yang berpusat di Australia, Sally Roberts.

“Jika wartawan melaporkan secara saksama dan tepat merangkumi semua kaum dan agama … Saya fikir itu tidak akan menimbulkan masalah.

“Di Australia, kami mempunyai SBS, dan tujuan kami adalah untuk melaporkan sesuatu isu dari komuniti tersebut yang media lain mungkin tidak melaporkannya dan ia berjalan dengan baik.

Kami mempunyai saluran komunikasi secara langsung dengan komuniti itu yang tidak berbahasa Inggeris tetapi bertutur dalam bahasa yang berbeza dan mereka menaruh kepercayaan kepada kami untuk melaporkan apa-apa berita yang menyentuh mereka,” kata beliau pada Perbincangan Panel Media Kebangsaan di di Wisma Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya bagaimana wartawan perlu menangani berita yang melibatkan sensitiviti masyarakat majmuk dalam penulisan.

“Keadaan di Australia dan Malaysia berbeza apabila saya berkhidmat untuk badan penyiar yang tidak menghalang kami daripada melaporkan isu-isu melibatkan kerajaan dan jatuh bangun dalam kehidupan.


“Kami mempunyai perdana menteri yang baharu dalam tempoh tiga bulan lepas dan kami melaporkan apa yang berlaku dan tiada sekatan ke atas wartawan kami untuk mengetahui apa yang sedang berlaku,” katanya.

Sesi selama lebih sejam itu membincangkan takrif media yang bebas, bagaimana untuk merealisasikan caka-cakap mengukuhkan kebebasan media menjadi realiti; peralihan ke platform media baharu tanpa kehilangan wartawan berpengalaman dan bagaimana wartawan muda dan wartawan media tradisional yang lebih berpengalaman dapat belajar antara satu sama lain serta landskap media di Malaysia selepas pilihan raya umum ke-14.

Turut hadir ketua eksekutif Walkley Foundation for Journalism, Louisa Graham, Wartawan dan Penerbit Multimedia di Fairfax Media, Rachael Dexter dan Network Editor nine.com.au, Simon King. – BERNAMA

Kategori