• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Rasuah: 3 Pegawai Ahli Parlimen PKR Direman

oleh
24/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Misteri keengganan kerajaan Selangor muncul satu-satunya negeri masih berdolak-dalik enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) akhirnya terbongkar

Tiga kakitangan Ahli Parlimen PKR Subang, R. Sivarasa termasuk setiausaha politiknya sendiri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah, direman empat hari sehingga Isnin ini.

Media melaporkan, permohonan reman tersebut dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Jumaat di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abd. Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat.

Tiga suspek terbabit kemudian dibawa keluar dari IPD tersebut sambil dikawal sepasukan enam pegawai SPRM Kuala Lumpur, kira-kira pukul 12.08 tengah hari Jumaat setelah dibawa masuk sebelum itu pada 10.05 pagi.

Mereka terdahulu ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang dan lokap IPD Dang Wangi sementara menunggu reman. Sivarasa bersama dua lagi peguam dilihat ke IPD itu 10 minit sebelum suspek dibawa masuk.

Namun Sivarasa dalam kenyataan media berkata beliau yakin dengan integriti tiga pegawainya. Mereka ditahan berkhidmat sebagai setiausaha politik, pembantu peribadi dan kerani kepada Ahli Parlimen pembangkang itu.

“Saya menolak tuduhan ini terhadap kakitangan saya. Saya kenal baik kakitangan saya, terutamanya Naveen yang juga anak saudara saya. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap integriti mereka,” dalih Sivarasa lagi.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau bukanlah subjek kepada siasatan itu. Tiga kakitangan tersebut iaitu Naveen Kularasa, Joshua Kalaiselvan dan NicoKam dilaporkan ditahan berkaitan urusan imigresen semalam.

Setiausaha politik itu ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur jam 8 malam tadi, selepas pasukan penyiasat berjaya menahan kerani dan pembantu peribadi Ahli Parlimen terbabit, dipercayai membabitkan suapan RM20,000.

Sumber media memaklumkan, kerani dan pembantu peribadi berkenaan ditahan di sebuah restoran di Taman Maluri kira-kira jam 1.45 tengah hari semalam. Setiausaha Politik tersebut difahamkan baru berusia 45 tahun.

Maklumat awal mengatakan syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh tetapi dengan menggunakan kelayakan profesional dan diketahui oleh ketiga-tiga suspek terbabit.

Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang sebanyak RM55,000 konon bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen. Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A)Akta SPRM 2009. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IBRPKRSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd