• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Positif Baharu COVID-19 Di Parlimen

oleh
28/07/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya empat lagi kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di kawasan Parlimen, memaksa prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dilaksanakan dengan pergerakan keluar masuk kakitangan, pegawai serta petugas media dihadkan.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, ketika mempengerusikan sidang khas Dewan Rakyat hari ini, menjelaskan keperluan supaya tempoh persidangan juga dihadkan sehingga jam 5.30 petang saja.

“Semalam dengan hari ini saja, kita sudah ada tiga atau empat kes. Semalam dengan hari ini. Jadi, risiko agak tinggi. Sebab itu saya tetapkan jam 5.30 itu, untuk beri peluang kepada semua berbahas.

“Kita pun sudah tidak menuruti nasihat Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) yang susah payah datang ke Parlimen, beri penekanan.

“Kalau mahu ikut nasihat beliau, sidang kita sehingga jam 2 petang saja. Sebab beliau amat gusar dan bimbang,”katanya merujuk permintaan Ahli Parlimen supaya lanjutan masa diberikan bagi membolehkan lebih ramai berbahas.

Pada Isnin dan semalam, sidang khas dilanjutkan selama 15 minit sehingga 5.45 petang bagi membolehkan Ahli Parlimen bertanyakan soalan tambahan, ketika menteri menjawab di sebelah petang.

Dalam pada itu, Azhar juga menasihati semua Ahli Parlimen patuh kepada SOP ditetapkan sepanjang berada di Dewan Rakyat serta menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

“Sebenarnya kita sebagai Ahli Parlimen perlu beri contoh kepada rakyat. Sekarang ini sudah ada orang ketegorikan komuniti kayangan dan bukan kayangan. Jadi sebenarnya, amat penting bagi kita memenuhi dan mematuhi semua SOP yang dikenakan secara ketat sekarang ini.

“Dalam kawasan ini (Kuala Lumpur) pun masih fasa satu, mesyuarat secara fizikal pun tak boleh sebenarnya.

“Jadi, walaupun Parlimen bebas tapi kita juga perlu memberikan gambaran yang baik kepada seluruh rakyat bahawa peraturan itu mesti dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata, Ahli Parlimen hanya mempunyai kekebalan untuk bercakap di dalam Dewan Rakyat kerana ia dijamin undang-undang, namun jangkitan COVID-19 tidak kebal kepada sesiapa.

Sebelum ini dilaporkan, dua Ahli Parlimen dikesan positif COVID-19, iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN – Bagan Datuk) serta Datuk Dr Mansor Othman (BERSATU – Nibong Tebal). – BH Online

Tags: Dewan Rakyatpandemik COVID-19Parlimen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Takiyuddin Ganti TPM Beri Penerangan Pelaksanaan Darurat

Next Post

Perbicaraan Najib Kes Dana SRC RM27 Juta Tangguh

Related Posts

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

RUU Pekerja Gig Dibentang Pada Sesi Parlimen Depan

01/05/2025
0

Kuala Lumpur: Kerajaan bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig bagi meningkatkan perlindungan dan menyelesaikan isu kebajikan membabitkan golongan...

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

24/04/2025
2

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi...

Next Post

Perbicaraan Najib Kes Dana SRC RM27 Juta Tangguh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd