• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Haziq Masih Dalam Siasatan Polis – KDN

oleh
08/07/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung video intim membabitkan seorang individu bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki yang mirip menteri Kabinet masih dalam proses.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehingga kini, kes berkenaan masih dalam siasatan PDRM.

“Belum lagi dapat apa-apa keputusan.

“Kita tidak tetapkan suatu tempoh tertentu dan polis telah tubuhkan jawatankuasa penyiasat, mereka buat apa yang patut dan akan dikemukakan kepada Ketua Polis Negara dan saya sendiri sebelum dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri Menteri Wilayah Persekutuan Bersama Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah video intim yang dikatakan berlaku di salah sebuah hotel di Sandakan, Sabah tersebar.

Selepas tersebarnya video tersebut, Haziq yang merupakan bekas pegawai Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin tampil membuat pengakuan mengenai dia merupakan individu dalam video tersebut.

Ekoran perkara itu, Haziq telah dipecat apabila gagal memberikan jawapan terhadap surat tunjuk sebab daripada ‘bos’nya itu.

Tidak hanya itu, Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Santubung juga telah dipecat jawatan dan keahliannya daripada PKR apabila mesyuarat biro parti itu politik sebulat suara membuat keputusan tersebut.

Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Ahmad Kasim berkata, parti itu telah mendapati Haziq telah melanggar tatacara disiplin parti, ia berdasarkan tuduhan rasuah secara terbuka dan tanpa bukti serta kes yang masih dalam siasatan polis.

Terbaharu, menerusi hantaran di Facebooknya, Haziq mahu merayu terhadap pemecatan keanggotaannya daripada parti itu.

Menurut Haziq, beliau telah dihukum oleh parti kerana menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh seorang menteri.

Dakwa Haziq, beliau tidak menuduh menteri berkenaan melakukan rasuah tanpa bukti sebaliknya membuat gesaan agar siasatan dilakukan supaya rakyat mengetahui perkara sebenar.

“Saya hormat keputusan yang telah dibuat oleh parti namun, akan membuat rayuan berkenaan dengan pemecatan keanggotaan saya.

“Saya sentiasa hormat dengan prosedur yang diambil oleh parti sebelum menjatuhkan hukum, kerana saya yakin PKR adalah parti yang mengamalkan prinsip Rule of Law dan fair hearing,” katanya.

Tags: Haziq AzizKDNMuhyiddin YassinPKRSeks Luar Tabiivideo semburit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Chef Wan Dinobat Tokoh Ikon Felda 2019

Next Post

Insiden Pencemaran Bukan Punca Kematian Penduduk – Menteri

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Insiden Pencemaran Bukan Punca Kematian Penduduk - Menteri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd